Archive for 04/08/12

default

Adun BN difitnah regim DAP curi elektrik di rumah sendiri @dzainalabidin

on Sunday, April 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Satu lagi fitnah portal milik  regim DAP yang dibuat oleh cybertroopers mereka terhadap ADUN BN P.Pinang . Bila tak boleh jawab isu gadai tapak masjid dan skandal jual tanah Bayan Mutiara , hilang modal mula menyebarkan fitnah yang tak masuk akal sama sekali .

Apa kejadahnya seorang ADUN BN nak mencuri elektrik di rumahnya sendiri ?? Awat sudah tak mampu ka beliau nak membayar bilnya setiap bulan ?

Gambar meter digital di bawah  ini yang didakwa milik rumah Adun berkenaan pun cukup pelik  sekali .  Adakah meter seperti  ini dipasang di rumah mewah seperti didakwa portal fitnah ini ? Entah-entah meter rumah sendiri , lalu dituduh milik Adun BN .

Selain itu , sumber mana yang didakwa portal fitnah mereka  ? Kalau betul  terdapat kecurian , sila tampilkan bukti  bukannya hanya mendengar sembang kedai kopi .




GPB yakin serangan fitnah oleh cybertroopers2  & pegawai2 media regim DAP kini sudah bermula . Pemimpin mereka tak boleh jawab secara teknikal jual tapak masjid dan sekolah , kini diarahkan pulak serangan fitnah terhadap Adun BN .


SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional dikesan "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu.


Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.


Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.


Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang.Sumber berkata, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas.


Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.


Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.sumber

default

NGO balaci DAP jadikan masjid pulak pentas untuk demo anti LYNAS ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Semakin kurang ajar dan biadap chauvinis DAP.  Kaum mana yang  majoriti bantah LYNAS di seluruh negara ini   ?

Jawapannya ialah Cina chauvinis DAP dan NGO-NGO mereka. Demo yang terdahulu  di KL , Kuantan dan Pdg Kota ..anda boleh lihat sendiri kaum mana yang paling ramai turun bantah.

Hari ini mereka  menggunakan Melayu pencacai  ABU pulak   untuk bercakap nak  unakan masjid sepenuhnya di KL  sebagai pentas untuk berdemo anti LYNAS .

Mengapa masjid jadi pilihan ??  Ini kerana dalam demo  LYNAS ini sebelum ini   , mereka akui  gagal memperbodohkan umat Islam . Malah seorang Pakar Nuklear dari PAS telah cakap kilang nadir bumi ini selamat.

Jadi  ,  pemilihan   masjid kali ini sebagai lokasi utama demo merupakan langkah terakhir mereka untuk menghasut umat Islam menentang LYNAS .

Di mana maruah umat Islam   hingga tempat untuk hang pa  sembahyang pun puak-puak kafir cauvinis ini nak jadikan masjid sebagai lokasi mereka untuk  berdemo ?

 Tak kan nak tengok balaci chauvinis DAP  melalak dekat masjid membantah LYNAS yang terbukti tidak merbahaya kepada alam sekitar  dan manusia .


The Malaysian Insider difahamkan rancangan protes 13 April ini dijalankan terhadap masjid “terpilih” dari seluruh negara, yang mana akan di jalankan oleh NGO, Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. Dianggarkan sejumlah 22 kumpulan termasuk Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Badan Bertindak Anti Nadir Bumi (Badar) akan terlibat dalam kempen tersebut.

Wakil ABU, Haris Ibrahim berkata kepada The Malaysian Insider, objektif utama Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau adalah untuk menyampaikan maklumat lengkap terhadap salah anggap isu Lynas yang mana dilihat hanya melibatkan komuniti Cina dan mereka yang tinggal di Gebeng.

“Mesejnya mudah. Seluruh negara tidak mahukan Lynas. Kami tidak mahu pembinaan itu diteruskan.

“Dan isu ini turut melibatkan Muslim, bukan hanya masyarakat Cina, sebab itu protes dijalankan di masjid. Kami akan berkumpul selepas solat Jumaat dan mengadakan protes terhadap Lynas,” katanya.

Menurut Haris, rancangannya adalah untuk menganjurkan “perhimpunan” sekurang-kurangnya di satu masjid setiap negeri.

“Kami berbincang berkenaan semua negeri di dalam negara … setakat ini, lima atau enam masjid sudah menyatakan persetujuan,” tambahnya.

Acara utama protes berkenaan kata aktivis itu adalah di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, di mana penyokong perhimpunan anti Lynas akan berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum bergerak ke Dataran.
Tegas Haris, protes tersebut telah dirancang sebelum Bersih 2.0 dan Himpunan Hijau dalam protes 28 April, dan kini ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan berkenaan.

“Kami akan menunjukkan solidariti … di setiap masjid, kami akan menentang Lynas.”

KLIK DI SINI

default

#ABPBH Neelofa paling mengancam sekali di Red Karpet !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Malam ini merupakan malam ABPBH 2011 yang sedang berlansung di Arena Of Star Genting . GPB yakin barisan pelakon Ombak Rindu bakal membawa pulang trofi dan hadiah lumayan malam ini.

Ramalan GPB bahawa Aktor prolifik , Aaron Aziz akan dinobatkan Bintang Paling Popular 2011 malam ini . 



Lagi gambar-gambar hot artis yang hadir ke ABPBH...




















sumber gambar  : EMPAYAR PEMUDA 

default

Surat dari rakyat Sabah, Mahfuz Bean umpama Setan Neraka ?

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment










SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HIDUP saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN, sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.

Bagi saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina. Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau hidup2.

Pernah kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun kami merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang membantu mereka.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana? Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang Hikpokrit!!!

Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya, kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.

Kamu tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam, semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok, membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf untuk mengurus Kad Pengenalan kami.

Kami bukan jalan belakang seperti yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.

Kamu sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! 

Kami orang Islam, Pernah kau perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh. Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.

Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau!
Kau tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya. Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja. Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu jatuhkan semangat mereka.

Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku, pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu oleh Task Force.

Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!! Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada wang.

Bila aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit, Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku ini sauadara seagama dengan mu?

Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan Neraka kepada kami di Sabah. 

Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku berserah.

M.Sandakan.
12.15PAGI.
Putrajaya, menumpang di rumah kawan!.

default

Wajah ini yang menipu & memukau Tun Mahathir & jutaan ahli UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Tengahari tadi GPB  balik ke kampung untuk hadiri kenduri rumah jiran . Ketika berkemas-kemas barang  di rumah tok , terjumpa badges BN tahun 1995 ketika yang tertera wajah kalkatu haramjadah  Anwar Ibrahim .

Masa itu , sokongan orang Permatang Pauh memang hebat la kepada Pak Sheikh ..PAS pun tak boleh lawan walaupun letak Mahfuz bertanding ketika itu .

GPB teringkat akan kata-kata YB Datuk Zul Nordin semasa berceramah di  Kg Sungai Ara yang mana beliau tertipu dengan wajah di atas ini selama 12 tahun  dan Tun Mahathir pulak  selama 20 tahun .

Rupanya wajah di atas ini adalah penganut fahaman Pluralisme & Liberalisme ...

default

Aksi menari tiang pun ada di P.Pinang , tarikan terbaru negeri DAP !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



GPB menerima  satu email yang dihantar mengenai aksi tarian seksi menggunakan tiang di sebuah PUB terkenal di P.Pinang . Menurut pengirim tersebut , penari terbabit adalah dari negara China ( China Doll) . Lebih menarik sekali , pub terbabit di dalam Parlimen Permatang Pauh !

Hebat betul negeri regim DAP ..di pub pun sudah menyajikan aksi panas tarian tiang . Anwar mesti suka punya sebab yang menari itu pun China Doll ..hahaha







sempoi tu...turun kepala dulu pun ada ....

default

Hassan Ali balun Guan Eng yang perlekehkan umat Islam negeri ini ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali terus melakukan sessi jelajah beliau di seluruh Negara lantas menyeru umat Islam di Negara ini tidak mengundi PKR, DAP dan golongan yang beliau kategorikan sebagai Parasit PAS.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah menyertai Ceramah di sini malam tadi menyeru kesemua umat Islam di Pulau Pinang menggunakan platform pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang untuk melindungi Islam Melayu dan Raja (IMR) yang menjadi kempen seharian beliau menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya baru-baru ini,

Beliau turut menyeru kesemua pengundi di Negeri tersebut yang beragama Islam agar menolak ketiga-tiga golongan dari Gabungan Pakatan yang beliau sebutkan kerana bakal menjadi penghalang perlindungan IMR.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut mengecam beberapa tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dakwanya memperkecilkan masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang dengan membuat beberapa keputusan yang tidak menggambarkan ciri-ciri yang beliau perkatakan kepimpinan Umar Ibnu Abdul Aziz.

Hasan Ali yang turut mengulangi pendirian berkaitan Video Murtad yang beliau paparkan kepada beberapa wartawan sebelum ini juga berkata tidak menghadari sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan tetapi beliau yakin pendedahan beliau tetap diperlekeh golongan yang beliau sebutkan sebagai Parasit PAS.


Golongan ini kata beliau bakal menggagalkan usaha beliau yang kini terbukti menerusi pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Khas yang bakal memantau dan mengawal pergerakan JAIS dan MAIS baru-baru ini ADUN Gombak Setia itu merujuk kepada perlantikan salah seorang Ahli Jawatankuasa Khas tersebut yang kini menjadi serangannya sebagai Parasit Parti iaitu Dr. Rani Othman.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman mempertikai pendedahan Hasan Ali yang tidak bertanggungjawab kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai platform sebenar dalam menyiarkan bukti berkenaan. Beliau turut menyifatkan apa yang diperlakukan Hasan Ali adalah sebagai satu strategi menakut-nakutkan pengundi Islam terhadap kepimpinan Pakatan di Negeri Selangor. KLPOS

default

Hassan Ali gegarkan Permatang Pauh, 5 ribu rakyat hadir untuk tolak Anwar !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semalam GPB mengikuti ceramah Selamatkan Akidah & Pertahankan Islam anjuran GABUNGAN yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pemuda PAS PP , Ustaz Hafiz Nordin  yang menampilkan YB Datuk Dr Hassan Ali  Pengerusi JATI  dan Ustaz Ismail Mina Ahmad , Pengerusi MUAFAKAT .

Kehadiran umat Islam di Permatang Pauh dan sekitarnya memang cukup luar biasa sekali demi pertahankan Islam , Raja dan Melayu .  Dianggarkan 5 ribu orang hadir membanjiri ceramah anjuran malam tadi .

 Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.

Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.

Selain itu , pihak NGO GABUNGAN  juga mendedahkan NGO  pemikir Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) telah menerbitkan buku-buku mengenai agama Islam yang jelas terpesong sama sekali dan ditulis pulak oleh orang yang berfahaman liberal .  Malah buku-buku disebarkan oleh PKR sendiri kepada ahli-ahli mereka .

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam . Selain itu, beliau juga mendedahkan sikap parasit-parasit dalam PAS yang turut  bersekongkol dengan pemimpin kafir   dalam menjahanmkan umat Islam .

Malah beliau juga persoalkan adakah PAS di Permatang Pauh bersetuju bukan Islam menjadi Timb Presiden PAS seperti yang dicadangkan seorang parasit dalam parti mereka ini .




default

Adam Adli mengamuk risalah demo hapus yuran UNISEL disebarkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Geng Mahasewel SMM dan Adam Adli adalah  manusia Hipokrit . Bila Anwar dan   pembangkang janji mahu hapuskan PTPTN jika mereka menang , mangkuk mahasewel ini yang dulu ke depan menyokong hingga mahu buat satu demontrasi antara pelajar dengan kerajaan pemerintah .

Tapi bila dicabar agar mahsuhkan dulu yuran pengajian  IPTA atau IPTS dulu , mereka diam membisu sebab tidak mahu lari daripada topik .


default

Bukti rakyat Malaysia kaya, sanggup labur RM 1/2 juta untuk No plat WWW 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui baru-baru ini.[sumber]

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.