Archive for 02/19/12

default

Guan Eng buat hal lagi , pertikai Melayu jadi PM ?

on Sunday, February 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Apakah agenda Ketua regim Dap yang kuat bohong ini menyentuh hal tentang jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini diisi oleh bangsa Melayu iaitu majoriti rakyat negara ini ? Beliau berkata pulak perkara ini di depan kaum Cina semasa debat dengan Presiden MCA.


GPB berpandangan ia jelas mengguris perasaan orang Melayu yang mana sudah tentu ramai yang tidak bersetuju. Calon untuk jawatan PM sekarang ini dipilih pemimpin dari parti yang menguasai Parlimen iaitu parti BN .

Mungkin Guan Eng pun berminat jawatan ini jika Pakatan menawan Putrajaya ?





Posted using BlogPress from my iPad

default

Nurul Izzah tentu malu besar pasal berita gembira oleh KWSP ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Menurut portal Bernama , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6 peratus bagi tahun kewangan 2011, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Ini tentu memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang sering pertikaikan cara kerajaan menguruskan kewangan negara termasuklah KWSP . Malah baru-baru Nurul Izzah pertikaikan keputusan Kerajaan membenakan duit KWSP dijadikan pinjaman untuk memiliki rumah .

- Posted using BlogPress from my iPad

default

Guan Eng lega syarikat pemaju Ivory jawab pasal tender terbuka

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.

Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang."

Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan."

Saya yang cabar. Saya cakap kalau mereka boleh buktikan saya tak buat tender terbuka, saya akan undur dari politik, tapi kalau mereka tak dapatbuktikan, mereka pula kena undur," katanya kepada pemberita selepas debat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' di sini.

Tanah yang dianggap sebagai 'bernilai amat tinggi' itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Komen GPB

agak pelik syarikat pemaju sendiri terpaksa menjawab pasal tuduhan penjualan tanah Bayan Mutiara walhal kerajaan negeri yang didesak oleh pelbagai pihak.Penjualan ini dibuat PDC selaku pemilik tanah tapi pembeli pulak yang terpaksa jawab...hahaha.

.Inilah taktik Guan Eng jika beliau tak boleh menjawab dan pihak ketiga yang diminta untuk jawab.

- Posted using BlogPress from my iPad

default

Guan Eng beremosi sebab mungkin terpaksa bersara awal ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Ketua Menteri, Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di sini dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.


"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Guan Eng semalam mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.


"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Abdul Rahman ketika dihubungi AntaraPos.com semalam menyifatkan Guan Eng terlalu emosi apabila perkara itu didedahkan.

Malah menurut beliau, jawapan seumpama itu tidak wajar keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri.

Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak,"katanya. ANTARA POS





default

Tun Mahathir dedahkan lagi 2 negara yang bantu Anwar jatuhkan kerajaan BN ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman.

Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.

default

PANAS ! Guan Eng rupanya takut jawab soalan ketika debat MCA-DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.

Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.

"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.

Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.

"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya.

default

Guan Eng tentu berang sindiran Amy Search

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Penyanyi rock terkenal, Amy Search hari ini menyindir sinis ketua regim Dap ,Lim Guan Eng supaya menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad gara-gara tidak iktiraf ketuanan Melayu .

Ini ditulis di twitter beliau selepas membaca mengenai kenyataan pemimpin Dap ini yang tak iktiraf ketuanan Melayu tetapi hanya ketuanan rakyat .

GPB berpandangan sindiran sinis terhadap Dap memang cukup tajam sekali oleh seorang artis Melayu seperti Amy. Ini juga membuktikan artis Melayu juga membenci dengan sikap parti rasis dan chauvinis Dap yang cukup kurang ajar berkenaan soal Melayu

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.