Archive for 01/08/12

default

Penyokong Pas mengamuk, lebih 1000 di rumah Hassan Ali

on Sunday, January 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Di ketika Anwar sibuk berceramah di Kg Baru untuk mengheret penyokongnya ke Mahkamah esok, lebih 1000 penyokong Pas hadir ke rumah Datuk Dr Hassan Ali.

Turut hadir ke rumah Hassan Ali ialah Ustaz Nasharuddin , Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus.

Ini menunjukkan ramai ahli Pas sendiri tidak bersetuju tindakan puak Anwarinas yang menjadi dalang di sebalik pemecatan Hassan Ali.

Adakah pemecatan Hassan Ali akan membuatkan Pas berpecah ?



default

Terkini !! Anwar sudah tiba untuk heret penyokongnya esok ke 901

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Malam ini Padang Kelab Sultan Sulaiman , Kg Baru dibanjiri 5 -6 ribu penyokong tegar Anwar  . Kelompok inilah juga dijangka akan turun ke Komplek Mahkamah Jalan Duta esok .

Sekarang ini , Anwar tengah menyampaikan pidatonya bagi menaikkan semangat penyokongnya . Seperti biasa lah  laungan retorik  " Membujur lalu melintang patah " .....

default

Skrip 98 digunakan semula , solat hajat di rumah Anwar Ibrahim

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Skrip 98 kembali digunakan ... berkumpul beramai-ramai  di rumah Anwar menjelang keputusan Hakim esok 9 Januari .




default

Azmin Ali gembira PAS pecat Hassan Ali

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.


Komen GPB

Pas nampaknya menurut arahan Azmin Ali yang mengarahkan tindakan diambil terhadap Hassan Ali.

Berita ini pasti mengembirakan Anwar Ibrahim dan Dap yang memang tak suka Hassan Ali berada dalam Pas.

Apakah reaksi penyokong Hassan Ali, ? Adakah jawatan Exco di dalam kerajaan Selangor juga terlucut secara automatik?

default

Racep Tayyip Erdogan bukan peliwat seperti ANUwar - Zahid Mat Arip

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam yang menarik perhatian GPB semasa ceramah Pasca 901 - Jangan Gadai Maruah di Permatang Pauh  oleh penceramah hebat , Sdr Zahid Mat Arip ialah tentang kenyataan Anwar Ibrahim  semasa wawancara dengan Malaysiakini  yang mendakawa beliau tetap Perdana Menteri walaupun dipenjara.

Anwar dalam kenyataannya  membandingkan dirinya seperti Racep Tayyip Erdogan yang dipenjara oleh kerajaan Turki dan ketika parti mereka menang ,  Abdullah Gul dilantik PM sementara sehinnga la Tayiip Erdogan dikeluarkan melalui pindaan Perlembagaan .




 Tetapi Zahid Mat Arip membidas  kenyataan  itu semalam dalam ceramahnya  dengan hujah bahawa Racep Tayyip Erdogan dipenjara bukan atas kesalahan meliwat seperti Anwar !

Pemimpin Turki ini dipenjara kerana cuba hendak melaksanakan undang-undang Islam , tetapi menerima tekanan kerajaan terdahulu yang berfahaman sekular dan akhirnya dipenjara.  Memang berbeza antara kes Anwar  jika  dipenjara  dan Tayyip Erdogan .

Adakah kita mahu melihat Malaysia mempunyai PM berlatarbelakangkan  pernah menjadi banduan kerana kes liwat ???

Video ceramah  ini akan menyusul ..........


 Anuar Shaari menjelaskan tentang perjalanan kes liwat Anwar 
yang mana tertutuh tidak mahu membela diri dan kemukakan 
bukti membela dirinya 


 Ketua Bahagian Dato Abd Jalil menerangkan sudah ramai 
pemimpin PKR meninggalak parti mereka. 








default

Azmin Ali kini jadi liabiiti PKR , dibenci oleh pemimpin PAS sendiri ...

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.



Komen GPB 

"Sapa hentam Bang ANUwar , saya lawan ".... mungkin itu lah prinsip Azmin . Sampai dia cuba tunjuk pandai ajar pun tak pa . Sekarang sudah kena sound baik punya oleh pemimpin PAS ...kah kah kah ..

default

Isu Fayad macam drama Tamil , dose morfin tinggi sahaja boleh bikin nazak !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Semalam memang terang-terang  konco2 PKR serta Wartawan Harakah bikin drama Tamil menggunakan skrip Arsenik ANUwar dulu .  


Penyebaran di twitter dan facebook seperti menggambarkan Fayyad dalam keadaan teruk dan lagi bangang seorang wartawan ini sudah menyatakan jantungnya baru berhenti


Mereka kata Fayyad dicucuk menggunakan jarum yang diletakkan morfin !  


Nak tahu adakah morfin boleh mengakibatkan keaddan Fayyad seperti itu , baca di bawah ini.








oleh : Dr MIM


Pengawal keselamatan Wan Azizah nazak jantung berhenti di sebabkan oleh suntikan morfin?


Rujuk twitter di bawah :





Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!


Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi. 


Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!


Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!


Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!


Why with all this crap?

default

AMK P.Pinang beri warning suspek celaka akan diburu sampai dapat !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments







AMK P.Pinang menerusi Syed Mikael  Al Aidid sudah mengamuk  kepada si celaka suspek yang  kononnya mahu  membunuh Presiden PKR DS  Wan Azizah  tetapi terkena kepada pegawai peribadi , Sdr Fayyad .

Dulu pun sama juga , semasa BERSIH 2.0  yang cedera berdarah di kepala  adalah Fayyad yang ketika itu menjaga keselamatan Anwar Ibrahim . Cuma yang beza kali ini ia berlaku di tempat pentas ceramah kubu kuat .

Walau bagaimanapun ,  PKR kini  cuba  menjadikan isu Fayyad  dalam masa 24 jam  sebelum  keputusan mahkamah tinggi KL 9 Jan sebagai isu paling besar & menarik simpati rakyat .



default

AMK bakal mengamuk esok pasal cubaan membunuh Presiden PKR di Cherok Tok Kun !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Malam tadi bukan riuh dan gamat ceramah LANGGAR 901  hadiri yang hadir  di Cherok Tok Kun , tetapi drama Presiden PKR , Datin Seri Wan Azizah didakwa dibunuh !!!

Tetapi yang menjadi mangsa adalah Pegawai Peribadi DS Wan Azizah iaitu Sdr Fayyad yang dikatakan mereka dicucuk jarun beracun melalui tapak tangan  . Beliau dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan dan terkini keadaannya telah stabil .

Adakah skrip racun Arsenik kembali digunakan Anwar Ibrahim untuk menarik simpati dan sokongan rakyat menjelang 901 BEBAS Anwar  ??

Pasti ramai bekas pemimpin PKR ketawa taktik baru Anwar ini ....


default

Jom tonton OMBAK RINDU version # BEBAS ANWAR 901

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Fenomena Ombak Rindu sekarang ini ditonton di Astro & DVD juga semakin menarik bila dibuat juga dalam versi Anwar Ibrahim yang kini sedang menanti keputusan mahkamah pada 9 Jan .



versi Raja Drama nyanyian Meet Uncle Hussein...

default

PAS warning kepada Azmin Ali , jangan masuk campur hal parti !!

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.



Komen GPB 

"Sapa hentam Bang ANUwar , saya lawan ".... mungkin itu lah prinsip Azmin . Sampai dia cuba tunjuk pandai ajar pun tak pa . Sekarang sudah kena sound baik punya oleh pemimpin PAS ...kah kah kah ..

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.