Archive for 01/01/12

default

Beza Zambry Kadir dengan Guan Eng menjaga kebajikan rakyat

on Sunday, January 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Sebelum berakhir tahun 2011 , GPB sempat bercuti di tempat perlancongan yang wajib dikunjungi jika ke negeri Perak iaitu Pulau Pangkor .  Kawasan ini terletak di dalam DUN Pangkor yang mana wakil rakyatnya adalah anak jati Kg Masjid , iaitu MB Perak , Dato Seri  Dr Zambry Abd Kadir .

Apabila GPB dibawa meronda disekeliling pulau yang pernah menjadi tempat penjajah Belanda membina kota di sini ,  banyak pembangunan terutama dari segi infrastruktur untuk kebajikan rakyat disediakan oleh kerajaan negeri dan pusat.

GPB cukup teruja sekali bila mengunjungi satu kawasan yang dinamakan  projek rumah untuk rakyat di DUN Pangkor di mana  ia hasil inisiatif  DS Dr Zambry selepas menjawat jawatan MB Perak .

Rumah ini diberikan percuma kepada  nelayan kerana kelompok inilah  yang berpendapatan rendah serta masih tidak memiliki rumah sendiri . Harga kos sebuah  rumah ini dianggarkan  RM35,000 untuk satu unit  dibina dengan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan serta FELCRA. Syarat yang ditetapkan kepada mereka mudah, rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain atau pun dijual.




 rumah percuma untuk rakyat ..tak perlu tunggu'
negara kebajikan PAS ..Di DUN  Pangkor sudah 
pun dibuat 


asalnya di sini ialah jeti nelayan buruk , tapi kini telah berubah 



Di P.Pinang masih ramai golongan nelayan tiada rumah sendiri
dan selesa seperti ini . Mengapa Guan Eng tidak nampak
masalah ini ?? 






rumah yang harga asalnya RM 70 ribu ..kerajaan negeri 
menanggung harga separuh iaitu sebanyak  RM 35 ribu untuk setiap rumah yang 
dibeli oleh rakyat Pangkor . 




Dalam fikiran GPB , kalau seorang MB Perak seperti Dr Zambry  boleh menghadiahkan rumah percuma untuk golongan nelayan yang memang kita ketahui berpendapatan rendah  di negerinya , mengapa di negeri  P.Pinang ditadbir DAP  yang dikatakan kerajaan berjiwa Rakyat  tidak membuat rumah seperti ini ??

Memang patut pun dalam laporan Audit Negara  tegur kerajaan regim DAP hingga tak bina langsung rumah kos rendah untuk rakyat sejak memerintah 2008 .

 Kalau rumah kos rendah yang dijual dibina kerajaan negeri untuk dijual kepada rakyat pun tak boleh buat , jangan mimpi la nak dapat rumah free seperti Zambry Kadir beri kepada golongan nelayan ini .

jangan ingat beri RM 100 kepada warga emas 
boleh selesaikan semua masalah termasuk hak 
rakyat ingin memiliki rumah 


Itu lah perbezaannya  bila negeri yang  diperintah kerajaan BN dengan kerajaan  regim DAP . Zambry & Guan Eng adalah orang No 1 di negeri masing-masing tapi  dari segi kebajikan untuk rakyat kita boleh nilai sendiri

Mengapa kerajaan DAP tidak bina rumah murah untuk rakyat sebaliknya lebih suka meluluskan rumah mewah ratusan ribu ?  Ini kerana  Guan Eng lebih pentingkan laporan audit negara bahawa kerajaan cekap memerintah sebab banyak lebihan wang dalam akaun . Lebihan wang itu sebabnya tidak dibelanjakan kerajaannya dan ini menunjukkan kerajaan DAP tidak efisyen dari segi perlaksanaan



Pada tahun 2010, sejumlah RM379.77 juta telah diperuntukkan bagi 9 Jabatan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM225.95 juta atau 59.5% telah dibelanjakan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2010 sebanyak 5 daripada 9 Jabatan telah mencapai prestasi perbelanjaan berbanding peruntukan melebihi 90%, 2 Jabatan mencapai prestasi antara 80% hingga 89% dan 1 mencapai prestasi antara 70% hingga 79%.


Hanya Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja yang menunjukkan prestasi perbelanjaan yang rendah iaitu 54.7% kerana terdapat sebanyak 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan. 


Projek-projek tersebut ialah 6 projek Pembesaran Masjid Dan Sekolah Agama, 3 projek Tapak Perkuburan Islam, 6 projek Rancangan Perumahan Murah, 3 projek Penyiasatan untuk Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang, 2 projek membina Mahkamah Syariah, 1 projek Pembangunan Sukan, 1 projekPembangunan K-ICT dan 1 projek Bekalan Air




SUMBER : Laporan Audit Negara 2010 Pulau Pinang

default

PANAS !! Pemuda PAS nak saman kerana Polis sentuh tubuh Adam Adli !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Pihak polis yang didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan mahasiswa menuntut prokebebasan akademik di Tanjung Malim awal pagi tadi diingatkan supaya bersedia menghadapi tindakan saman di mahkamah.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia.

"JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah," Kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

"Malah, JUHAM bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu JUHAM kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan."

Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti "keganasan" polis dalam perhimpunan tersebut.



Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan.

Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu.

default

Hadiah tahun baru 2012 , RPK sifatkan Anwar Ibrahim adalah lelaki GAY

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.

Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.

Ikuti wawancara bersama Raja Petra Kamarudin..

default

TERKINI ! Silent Majority mahasiswa UPSI pulak nak mengamuk ,berang tindakan Adam Adli !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Keadaaan semakin panas bila Adam Adli dilaporkan sudah keluar dari lokap Balai Polis Slim River . GPB mendapat khabar geng mahasiswa pelampau SMM akan berkumpul semula di Klinik Shifa .  Lebih memburukkan lagi ,satu kumpulan mahasiswa dari UPSI sendiri  juga tak suka demontrasi SMM hendak turun bersemuka dengan dengan kumpulan SMM .




Satu sms dihantar kepada saya sebentar tadi oleh seorang mahasiswa UPSI yang mengatakan bahawa sekumpulan pelajar mula berkumpul semula di hadapan Klinik Syifa. Adam Adli dan rakan-rakannya berkumpul selepas sahaja dibebaskan dari tahanan polis.






Berikut sms yang dihantar :


"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."


sumber  :  Double Y 

default

TERKINI !! Mahasiswa barua PKR mengamuk di depan IPD Tanjung Malim pulak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Sekumpulan 30 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedang berdemontrasi di depan Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjong Malim yang terletak di Slim River bermula kira-kira jam 1.45 tengahari tadi. Mereka menuntut supaya pihak polis membebaskan 14 rakan mereka yang ditahan awal pagi tadi dalam satu lagi demontrasi di depan pintu utama UPSI.



Selain itu mereka membawa kain rentang mendakwa seorang mahasiswa, Safwan Anang dipukul oleh pihak polis dalam demontrasi di UPSI itu sehingga kononnya beliau cedera parah.

Beberapa penyokong PKR kelihatan berada dalam kumpulan demontrasi mahasiswa di IPD Tanjong Malim itu, ada antaranya membawa bendera parti itu di kenderaan hilux yang dipandu. Lagi bukti gerakan segelintir mahasiswa ini didalangi oleh parti pakatan haram pembangkang.

Sumber dalam kumpulan itu berkata, mereka mendesak pihak polis segera membebaskan 14 rakan yang ditahan. Sebaliknya, sekiranya 14 mahasiswa itu dibebaskan, kumpulan SMM ini akan membuat satu lagi demontrasi mewar-warkan bahawa pihak polis tunduk atas desakan mereka kerana tindakan penahanan itu kononnya tidak mengikut undang-undang.

Kepada pihak polis, fikirkanlah apa yang terbaik buat mententeramkan keadaan. Tindakan tegas awal pagi tadi adalah wajar bagi membendung sikap mahasiswa pro-SMM itu yang semakin mengganas.

sumber : Wangsa Setia 


Ikuti video SMM yang kononnya pejuangkan kebebasan akademik tetapi sebenarnya menyelit juga memaki hamun parti UMNO dan polis .


default

Pelajar UPSI sendiri akui SMM sebenarnya bertindak ganas & merempuh sebuah klinik !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments

GPB akhirnya menjumpai  seorang student UPSI yang menjadi saksi & berada  di demontrasi  SMM dan  Adam Adli .

 Norhidayah Binti Harun  iaitu   S/U MPP di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka. Menurut Norhidayah yang juga berada di situ mendakwa  amaran telah diberikan oleh pihak polis. Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM  ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik. Lihat gambar di bawah sebagai bukti :


 GAMBAR PM   DITERBALIKKAN MAHASISWA , HASIL AJARAN
PKR DAN ANWAR 


 RAMAI PENYOKONG PKR MENYAMAR SEBAGAI 
MAHASISWA DALAM KUMPULAN INI ...

SAFWAN ANANG MENAIKKAN SEMANGAT RAKANNYA 
 UNTUK PROVOKASI KEPADA PIHAK POLIS 

geng  SMM panjat pagar untuk rempuh masuk UPSI 


Perusuh-perusuh yang ditahan polis dipercayai bertindak memecahkan pintu kaca klinik Syifa disebabkan itu mereka tercedera terkena serpihan kaca. Malah Norhidayah juga membalas hujah-hujah seorang pengguna facebook yang menyebarkan fitnah semalam kononnya polis bertindak memukul dengan kejam perusuh-perusuh tersebut.






Pihak polis telah memberikan masa yang cukup untuk kumpulan SMM berucap serta menjalankan upacara 'talkin AUKU' sebagaimana diminta mereka.

Ternyata tuduhan yang dilemparkan oleh budak2 SMM kononnya mereka dikasari & dipukul pihak polis adalah satu FITNAH !

default

TERKINI !! Tragedi berdarah UPSI sebab langgar lari cermin klinik , bukan dipukul polis !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments





Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.

Tapi apa yang dispin oleh rangkaian social Facebook dan Twitter pembangkang ialah sebagai "tragedi berdarah" pelajar berkenaan cedera dipukul oleh pihak PDRM. Malah tuala yang penuh dengan darah digunakan sebagai simpati.

Mereka putar belitkan fakta agar rakyat membenci polis dan kerajaan, kononnya berlakunya keganasan dan kezaliman pihak polis.. Taktik ini sudah lama di kesan..




Sementara itu, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang yang di katakan nazak... kini dilihat sihat dan ok je.... Pergh! memang puak pembangkang ni suka besarkan isu....

Nampaknya masing-masing cuba nak jadi hero rupanya...

Mungkin juga ini adalah hasil dari pertemuan Anwar bersama kumpulan pelajar di rumahnya pada minggu lepas...

Syabas Siswa kerana anda telah berjaya diperkudakan  oleh Anwar...

sumber : bro jinggo


Komen GPB

Hasil latihan & ilmu oleh Anwar & konco-konco mereka  berjaya diterjemahkan semalam demo di UPSI .  TAHNIAH !!

Bila ada cedera sampai berdarah , semua akan dituduh salah POLIS & Ketua Polis Negara walhal sendiri yang lari dan berlanggar cermin klinik .

default

Jom kita lihat wajah bakal pendidik anak bangsa tidur atas jalan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Bila ada satu blog pencacai Pakatan tulis tajuk Polis bertindak ganas terhadap bakal pendidik anak bangsa,  woi ! ... baru nak teringat kat anak bangsa ke ?

Kalau macam ini lah perangai orang yang dikatakan berilmu dan bakal  menjadi pendidik , GPB yakin ramai ibubapa atau waris tak sanggup melihat anak mereka menjadi anak murid kepada guru yang yang pernah tidur atas jalan raya !!




UPSI mendapat malu  lagi bila 70 orang pelajarnya menjadi perintis gaya tidur atas jalan hanya kerana nak bela budak belaan Anwar Ibrahim iaitu Adam Adli .  Nak tanya juga apa perasaan Saifuddin bila lihat mahasiswa beliau ini yang dikatakan cerdik tidur atas jalan . 





T- Shirt ABU = Asal Bukan UMNO pun ada demo menentang UPSI ini . Ini mesti budak pencacai Chegubard terlepas kat sini  .


Ini lah tok lebai PAS yang menjadi contoh  kepada Adam Adli dan gengnya untuk saman-sama tidur atas jalan raya semalam di UPSI . Tak sangka negeri Perak cukup terkenal dengan tidur atas jalan . Mungkin tak cukup katil pun di negeri ini hingga jalan tar menjadi pilihan . 


default

Safwan Anang mahu ikut jejak Anwar menjadi pelakon terbaik demontrasi !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments





Adakah benar Ketua BEBAS  , Safwan Anang ( menantu Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor ) ini mengalami kecederaan parah/serius  hingga  berdarah  di mulut semasa melakukan provokasi ke atas polis untuk merempuh masuk pintu pagar UPSI ??

Jika kita perhatikan gambar di Malaysiakini ini , mengapa kecederaan di mulut itu tidak difokuskan lebih dekat ?  Bodoh la wartawan portal haprak ini kalau gambar cedera teruk di mulut tidak diambil dekat.

Di mana gambar cedera di mulut itu ???  Ini semua taktik mereka untuk memburukkan pihak polis kononnya zalim & mengasari mahasiswa yang membuat perhimpunan aman walhal mereka melakukan pelbagai  provokasi .

Gambar Safwan yang  terlantar ini   juga mengingatkan GPB tentang gambar Anwar kononnya cedera teruk semasa di Bersih 2.0 .  Mungkin Safwan sudah menerima amanah untuk menjadi palapis pelakon cedera bila adanya demontrasi .



Yang terlibat demontrasi  ini semua mahasiswa Melayu . Di mana 
mahasiswa bangsa Cina ? Mengapa mereka tidak sokong 
Adam Adli yang mempejuangkan kononnya kebebasan 
akademik ??  

default

Nak berdemo sangat Adam Adli , padan muka ditahan polis masuk lokap !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments







Budak mahasiswa pencacai Anwar ini semua memang sengaja cari pasal . Mereka ini kalau boleh memang mahu ditangkap polis dengan menimbulkan pelbagai provokasi .

Dilaporkan 15 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk proses dokumentasi di Balai Polis Tanjung Malim manakala 2 peserta dirawat di hospital. Pihak polis terpaksa bertindak kerana sebilangan daripada peserta demonstrasi cuba merempuh pagar universiti perguruan terbabit.

Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI juga dikatakan pecah. Budak biaDAP Adam Adli juga dilaporkan ditahan, klik di sini.

GPB dikhabarkan pasukan yang mengawal semalam di pintu pagar UPSI ialah LSF ( Light Striker Force ) dari IPD Tg Malim yang datang dengan Land Rover sahaja . KLIK DI SINI 


Dalam demo ini juga dikhabarkan ramai pemimpin politik pembangkang turut serta dari PKR & PSM .

bakal guru dari UPSI kena tidur lokap polis ...kah kah kah ...





ini merupakan  sebahagian skrip  lakonan barua Anwar yang mana lazim dilakukan 
mereka di setiap demontrasi bagi menunjukkan polis zalim dan ganas 


Jika di BERSIH 2.0 , Anwar Ibrahim & Suhardi diangkat pelakon terbaik , mungkin Safwan Anang 
dari BEBAS ini merupakan pelakon junior mereka 








default

Zahid warning Tony Pua jangan hanya pandai tuduh , tunjuk bukti !

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi "mempelawa" ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk bertemu dan mengemukakan bukti kepada beliau berkenaan dakwaan liar pembelian kapal selam oleh kerajaan.

"Jangan hanya berani bercakap di belakang saja, datang jumpa saya kemukakan semua bukti untuk berbincang.

"Datang bertemu dengan saya bila-bila masa, kemukakan fakta (bukti) mengenai isu pertahanan, jangan keluarkan kenyataan di media dan melakukan pelbagai tuduhan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid mengulas dakwaan Pua bahawa kapal tempur pesisir pantai (LCS) sudah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Sebelum ini, Menteri Pertahanan itu menjemput Pua untuk menaiki kapal selam di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 11), tetapi Pua menolak.

default

Populariti Dr Hassan Ali mengalahkan Nik Aziz dalam carian Yahoo 2011

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tentu semakin cemburu pemimpin PAS yang memangnya anti dengan Datuk Dr Hasan Ali apabila Exco Selangor itu menduduki ranking ke 6 individu politik popular dalam portal Yahoo sepanjang 2011.

Dr Hasan menafikan nama-nama besar seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Datuk Mahfuz Omar walaupun mereka lebih banyak cakap dan kerap cetuskan kontroversi.

Yahoo! Malaysia menyifatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Dengan penilaian Yahoo terhadap Dr Hasan seperti itu, setidak-tidaknya Mat Sabu, Khalid dan Mahfuz boleh cakap ADUN Gombak Setia itu dipilih kerana ‘membuat musih dan menyakitkan hati orang”.

Apapun andaian pemimpin PAS lain yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka kena akur bahawa Dr Hasan adalah bola getah yang melantun lebih kuat jika dibaling dengan kuat.

Lihat sahaja bagaimana Dr Hasan menangani isu PAS Selangor yang dilihat mahu ‘mandikan’ beliau dengan kenyataan tidak cukup pencalonan untuk bertanding dalam PRU ke 13, akhirnya Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memuji Dr Hasan.

Dalam pertemuan Selasa malam di kediaman Menteri Besar Kelantan di Kota Baru itu turut dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Dr Hasan disifatkan anak jantan oleh Nik Aziz.

"Ini tanda kelakian dan anak jantan kerana dia ikhlas menarik balik kenyataan dan memohon maaf. Ini ajaran agama dan bukan senang untuk mana-mana yang buat salah untuk minta maaf dan menarik balik," kata Nik Aziz.

Cuma yang belum nampak kelakian dan anak jantan dalam isu Dr Hasan adalah Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang memulakan kontroversi dengan kenyataan Dr Hasan tidak cukup pencalonan.

Dr Hasan sudah meminta PAS Pusat mengambil tindakan terhadap Saari yang juga ADUN Ulu Klang kerana kenyataan yang menyebabkan kekecohan dalaman parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga berkata, Dr Hasan, Nasharuddin dan Saari akan dipanggil memberi keterangan atau penjelasan kepada Abdul Hadi.

Bagaimanapun, jika tidak terlepas pandang, Dr Hasan dan Nasharuddin sudah berjumpa pemimpin tertinggi PAS sedangkan Saari masih menikus – istilah dilabelkan Dr Hasan kepadanya.

Dengan pujian Nik Aziz kepada Dr Hasan, tidak pelik Yahoo memilih beliau antara paling ‘top’ malah Anwar yang terpalit dengan isu video lelaki miripnya hanya di tangga ke 9 portal itu.

Nampaknya banyak perkara yang Mat Sabu, Khalid dan Mahfuz kena belajar daripada Dr Hasan jika mahu ‘top’.

Barangkali Nik Aziz yang cetus macam-macam fatwa juga kena belajar sesuatu daripada Dr Hasan kerana Mursyidul Am PAS itui juga tidak ‘terlawan’ Dr Hasan dalam Yahoo. -31/12/2011 AGENDA DAILY

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.