Heroin Trilogi Cinta akan jelaskan isu kahwin lari

on Saturday, December 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina mengulas tentang isu kahwin lari yang dihadapinya ketika ini.

Dalam masa yang sama, Fazurina mengakui yang dia dan suami Hykal Zulkifli berasa agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka. Jelas pelakon ini, kalau boleh dia tidak mahu memperbesarkan isu ini, namun akur dengan keadaan.

“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti,” ujar Fazurina lagi.

Sementara itu, Fazurina juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menghantar jemputan bagi menghadiri majlis pernikahannya pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Fazurina berjanji akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinannya pada 9 Februari hadapan.

“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” ujar Fazurina yang masih berada di Pulau Pinang.

Bercerita sedikit tentang jejaka pilihannya itu, Fazurina memberitahu Hykal merupakan rakan perniagaanya sebelum ini. Selain itu, Hykal juga terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.

“Hykal bukan pengurus Rina, sebaliknya dia adalah rakan perniagaan untuk produksi yang Rina miliki. Selain itu, Hykal juga mempunyai perniagaan dalam kerja-kerja pembinaan,” ujar Rina. 

Ketika dihubungi wartawan media sebentar tadi, suara Fazurina kedengaran gembira walaupun sedang diasak dengan kontroversi. Jelas Fazurina, dia gembira dengan perkahwinannya itu.

Buat masa ini mereka belum merancang tentang destinasi bulan madu. Sebaliknya mengambil kesempatan bercuti di Pulau Pinang dengan menziarahi sanak-saudara di sana. - UTARA NEWS-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.