PAS kini lebih sayangkan Lim Guan Eng & hubungan dalam Pakatan daripada pertahankan kalimah Allah .
Itu lah maksud yang hendak disampaikan PAS P.Pinang yang mana mengingatkan mana-mana ahli PAS yang melakukan demontrasi bantah desakan Guan Eng tentang kalimah Allah adalah musuh utama parti .
Hari ini mereka melabel sebagai musuh , mungkin selepas ini akan difatwakan berdosa pulak jika ada ahli parti sertai demontrasi pertahankan kalimah Allah ini .
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.
Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.-Harakah





