..

..

Tuan Ibrahim kata UMNO takut doa PAS ...haha

on Friday, November 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.

 "Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.

 "Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."

 Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.

' Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

 Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan. Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.

 “Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.

 "Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” kata beliau.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Bukan takot tapi sedih ngan ulama sekarang ni

  2. Anonymous says:

    saya doakan tuan supaya mengunnakan akal dan pancaindera yg allah bagi untuk mendoakan kesatuan ummah jadi utama tak kira pegangan politik asakan dia beriman dan mengaku allah itu ujud. pppssssst psssss kalau nabi muhamad masih hidup adakah dia akan membenarkan pengikutnya berdoa untuk kemusnahan sesama islam?

  3. Anonymous says:

    Kami orang UMNO memang takut doa untuk kemusnahan....takut DOA TU nanti makan TUAN MAN AND THE GANG.Apa pun kami doakan kebaikan pada PAS dan ahlinya atas dasar saudara Islam.

  4. Anonymous says:

    kalau sedih kenapa mesti buat report???... atau takut nak berdoa sbb puak amno dah menyokong sepenuhnya soilek laknatullah yang menghina hukum Allah SWT banyak kali? malu tahu terasa diri tu tak layak utk memohon doa dari Allah?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.