..

..

Jawapan Azhar Sulaiman mengenai dakwaan isu murtad !!

on Wednesday, November 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

 Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

 "Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

 "Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik.

Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

 "Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Takpe Azhar komentar di FB kamu mmg kebanyakkannya menjijikkan, konon pejuang Islam tetapi bahasa mereka amat jelik.

    Tahniah kerana berani mengutarakan persoalan terbabit dan khalayak ramai boleh melihat betapa jelik dan hodoh perangai mereka.

  2. ramai artis yg cenderung pada PAS adalah utk muhasabah diri, tapi utk muhasabahkan diri bukan pergi masuk parti, pergi lah cari mana2 ahli cerdik agama dan dalamilah ilmu itu. Parti bukanlah sebuah ajaran ugama, ia hanyalah satu kumpulan masyarakat yg mempunyai aliran pemikiran yg lebihkurang sama. Nama PAS hanyalah satu NAMA dan bukan satu AGAMA, patut nya nama ISLAM yg di guna pakai dlm PAS haruslah di gugurkan kerana ia byk mengelirukan masyarakat tentang islam sebenarnya.

  3. Anonymous says:

    Sebab doa dan kenyataan org2 PAS pun bodoh.. maka soalan yg sedikit cerdik x mampu nak dijawab oleh org yg pikir nak ke syurga tapi perbuatan ke arah neraka...subhanallah

  4. Anonymous says:

    Orang bodoh memang solan mudahpun susah padanya menjawab. Konnonnya tahu ajaran Islam tapi mulut celupar betul dan cendrung mengkafirkan orang Islam yang lain.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.