..

..

Jatuhkan BN lebih utama daripada isu kebebasan agama - PAS

on Thursday, November 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Dewan Ulama Pas menganggap usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ‘lebih besar‘ berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 Pas menyifatkan isu kontroversi yang dicetuskan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan rakyat, termasuk orang Melayu sebagai 'satu perkara kecil'.

 Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, disebabkan 'perkara kecil' itulah, Pas tidak bercadang membawa isu tersebut untuk diperbincangkan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu yang sedang berlangsung sekarang. Beliau memberitahu, pada muktamar kali ini, hanya isu besar yang menjurus kepada tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan diberi keutamaan untuk dibincangkan.

 "Sepanjang muktamar Pas kali ini, kita tidak akan bincangkan isu tersebut.

 Itu isu kecil sahaja, tak perlu kita bincang. "Malah dalam muktamar sebegini, isu seperti itu kita tak perlu bincang. Sebaliknya, kita akan bincang perkara atau agenda yang lebih besar yang boleh menumbangkan UMNO atau BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN


Komen GPB

Isu kebebasan agama disebut Nurul Izzah nampaknya perkara kecil dibandingkan nak tumbangkan BN di PRu 13.    kalaulah kenyataan Nurul Izzah itu dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, GPB yakin   seluruh kepimpinan Pas hingga ke ceruk rantau  ceramah akan menghentam punya .  .

Jadi di sini , amat terang lagi bersuluh, Pas bukanlah pembela Islam. Jangan harapkan Pas untuk mendaulatkan Islam kerana Pas selama ini menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan mendapat kuasa.

Pas hanya mampu menjadi ‘barua’ kepada DAP dan PKR ...


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.