Gambar ghairah Fathia berlakon sebagai pelacur !!

on Wednesday, November 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia ini. Gadai jual tubuh!

 Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat penggambaran. Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui ‘ketar’ tubuhnya saat membayangkan diri terjerat dalam sarang pelacuran!

 “Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah itu.

 “Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa sindiket.

 “Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada ‘kepompong’ mainan watak saya yang ‘klise’ sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya,” katanya.



 Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.




 “Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu ‘camera trick’ saja sedangkan saya masih berpakaian rona ‘nude’.

 Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia melakukannya.

 “Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.

 “Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang dibayangkan kami (pelakon),” katanya.- HMETRO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.