..

..

Badrul Amin ditahan bersama kumpulan ajaran sesat Al Arqam !!

on Friday, November 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini, malam tadi.

 Perhimpunan itu melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan. Kira-kira 3,500 pengikut ajaran sesat dijangka menghadiri majlis itu termasuk seorang pemimpin kanan PKR Selangor Dr Badrol Amin .

 Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan pemimpinan kanan mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib". 

Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan. Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat. Penganjur turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta.

 Serbuan turut mendapat kerjasama pihak polis bagi membantu siasatan. Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini.

 Ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Ashaari, pengasasnya, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. - SINAR HARIAN -


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.