..

..

2 artis muda sedia berebut hati Che Ta janda !!

on Saturday, November 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.

Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
“Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
“Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami menjadi lebih intim?
“Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada segelintir pihak,” jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiah Spy di Perlis.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.