Tasha Shilla berang orang sensitif sangat baju lambang salib !

on Tuesday, October 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012. Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.

 Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai ‘dress’ labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.

 Dengan ‘hadirnya’ simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam. Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.

 “Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha. “Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,” kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.

 Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.

 “Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” katanya. Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib. 

Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan ‘hood’ dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan ‘munculnya’ simbol salib. Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.

 “Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut. “Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai. “Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” kata Hazwani.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.