Nabila minta maaf pasal penampilan seksi...

on Thursday, October 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Isu penampilan seksi yang dibawa Pelakon Nabila Huda ketika menghadiri Anugerah Blockbuster baru-baru ini akhirnya telah terjawab. Nabila yang menjawab persoalan media pada awalnya merasakan hairan dengan penampilannya yang diperkatakan sebilangan masyarakat walhal langkah beliau dianggap tidak begitu berani jika dibandingkan dengan artis-artis terdahulu darinya.

 “Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya," katanya ketika menjawab soalan beberapa wartawan baru-baru ini. Nabila juga tidak mahu menjadi isu tersebut berpanjangan lantas membuat permohonan maaf jika penampilannya itu mengguris perasaan mana-mana pihak.

 “Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” jelasnya lagi.

 Nabila yang mengenakan pakaian gaun hitam berbelah pada bahagian kaki pada Anugerah tersebut telah mendapat kritikan beberapa pihak termasuklah ayahnya sendiri Amy Search yang agak kecewa dengan langkah berani anak sulungnya itu.


One Response

  1. http://gedungakal.blogspot.com/...ini pendapat dan faham saya... tolong berikan komen balas...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.