Hot ! Lepas putus cinta, Remy dah dating dengan Maya Karin

on Friday, October 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.

 “Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain.

 “Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis. Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33.


Mereka dilihat di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada malam Rabu lalu. Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut.

 Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktres berdarah kacukan itu, Remy berkata, pada waktu ini dia dan Maya hanya berkawan biasa dan menolak persepsi yang mengatakan mereka mula bercinta.

 “Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini. “

Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa,” katanya dengan nada ceria.

 Ketika diajukan pertanyaan mengenai mesej Twitter yang berbaur sindiran ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aqasha pada Isnin lalu, Remy berkata, dia enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar isu itu tidak dibangkitkan. Mengenai kerjaya, Remy akan terbang ke kota London, United Kingdom

Komen GPB

Putus cinta itu perkara biasa... GPB pun dah pernah dikecewakan , tapi sebagai lelaki  harus ingat " Bunga bukan sekuntum " ...berlambak lagi sedang menanti .

Untuk bro Remy ,  Izzah Ombak Rindu ini  pun cun juga putih gebu juga   walaupun berstatus janda ... GPB doakan korang ada jodoh ..insyallah ...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.