Farid Kamil minta maaf Diana Amir pasal adegan intim

on Thursday, October 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Aktor kacak, Farid Kamil terlebih dahulu memohon maaf kepada pelakon Diana Amir atas penampilannya yang berbeza dan seksi menerusi filem terbaru arahannya, Pe3 bermula 18 Oktober ini.

 "Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang.

 "Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka dan terus menyokong mempromosikan Pe3 memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran pada awal Mac tahun lalu,"katanya ketika majlis tayangan media filem Pe3 di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

 Gaya yang ditampilkan Diana Amir di dalam filem tersebut adalah imej sebelum dia mengambil keputusan untuk berhijab.

 Dalam filem berkenaan, Diana Amir telah mengenakan gaun pendek serta melakukan beberapa aksi intim termasuk adengan pipinya dicium oleh Farid Kamil. 

 Kebetulan, pada majlis tayangan media pada malam berkenaan, kelibat Diana Amir tidak kelihatan.

 Ketiadaan pelakon manis itu telah meninggalkan tanda tanya ramai pihak, walaupun beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu. Penerbit Metrowealth (MIG) , Mejar David Teo tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan Diana Amir pada malam berkenaan.

 "Diana ada datang ke pejabat saya pada Isnin lalu dan meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya yang dahulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan dia kini sudah pun tampil dengan imej berhijab. "

Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung.

Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang," jelasnya. Selain Diana Amir, bintang lain yang turut berlakon dalam filem aksi Pe3 adalah Kamal Adli, Along Zendy, Taiyuddin Bakar dan Farid Kamil sendiri. -MURAI


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.