TERKINI ! PAS takut ambil tindakan terhadap Nasha !

on Monday, September 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

 Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura. Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Abdul Hadi. Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

 "Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi. "Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

 Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

 "Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi. Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: "Tunggu sajalah PRU13 nanti."

 Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen. Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya. Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

 Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat. Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

 Sinar Harian Online



** Sudah diramal ,,PAS tak berani berbuat apa-apa terhadap Ustaz Nasha walaupun mereka diasak dan diberi tekanan oleh Anwar & DAP . Ia berlainan dengan isu Dr Hassan Ali yang dipecat serta merta oleh PAS .   Kebalnya pengaruh Ustaz Nasha disebabkan pengaruh kuatnya di akar umbi PAS dan silap besar jika mereka memecatknya di kala PRU 13 semakin hampir . 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Selepas ini undi melayu yang mula nak ke arah BN balik semula kepada PAS... Akhirnya berjaya sandiwara yang dimainkan oleh PAS. Dengan keputusan ini seolah-olah menunjukkan yang mereka masih releven dalam memperjuangkan isu agama. Nama buruk PAS kini sedikit sebanyak pulih kembali... PAS Memang SMART...

  2. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dikekal dalam PAS. tetapi suaranya(pandangan Ulama) tidak akan didengari sebaliknya cakap dan arahan DAP akan dituruti...

  3. Anonymous says:

    Kecewa sungguh puak-puak umnongok ni. Begitulah sikap matang PAS. Dgn sendirinya isu Nasharuddin telah habis. Padan muka umnongok. hehehe

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.