PANAS ! Shah Rukh Khan pun didakwa hina bendera India !!

on Monday, September 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




NAMPAKNYA aktor Shah Rukh Khan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dituduh menghina bendera negaranya sendiri. Menurut laporan Digital Spy, bintang filem Ra One itu telah mempermainkan bendera India menerusi salah satu video di laman YoutTube dan hal itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

 "Shah Rukh telah menjerat dirinya sendiri menerusi Akta Perlindungan Memperkecilkan Kehormatan Bangsa, tahun 1971. "Hal ini telah pun difailkan ke mahkamah pada 14 Ogos lalu dan laporan tersebut sedang diproses oleh pihak berkuasa untuk disiasat dengan lebih lanjut," kata sumber.

 Sementara itu, pihak polis mengesahkan beberapa bahan bukti berupa foto dan video telah di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.


Komen GPB 

Mungkin Malaysia wajar mempunyai undang-undang /akta yang melindungi Jalur Gemilang & lagu Negaraku daripada dihina & dipersenda seperti mana dilakukan oleh negara India ini terhadap aktor terkenal Shah Rukh Khan .

Kalau artis terkenal seperti Shah Rukh Khan pun boleh didakwa kerana mempersenda  bendera negarannya , perbuatan pencacai Pakatan yang mahu bendera Malaysia   ditukar baru lagi lah  berat kesalahannya .

Tapi sayang di negara kita ada pulak yang defend kononnya anak muda ini nak menghajati sejarah . Kalau betul mereka hajati sejarah dan cintakan negara, mereka tak kibar bendera lain selain Jalu Gemilang.

Jadi , pihak berkuasa jangan lepaskan mereka-mereka yang biadap  ini daripada undang-undang !!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.