Ostazah Abby kata 3 kali tak tutup aurat tak boleh jadi wali !

on Wednesday, September 12, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat” 
“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”


Itulah kata-kata Abby Abadi sewaktu menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini. Hahahaha...Speachless...Tak tahu nak komen apa lagi pasal Ostazah segera ni...Apa yang boleh EP katakan ialah...inilah produk terbaru keluaran PAS yang dibangga-banggakan... Hebat bukan??


Setahu EP syarat-syarat sah menjadi wali yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang hendak menjadi wali nikah ialah :

1. Islam
2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
3. Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
4. Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
5. Adil
6. Merdeka (bukan seorang hamba). 

EP rasa itu saja syarat-syarat sah menjadi wali...Ada lagi ke yang EP tak belajar?? 

EP rasa Ostazah Abby ni bukannya pandai pun tapi berlagak macam pandai...niat nak kongsikan ilmu tu baik tapi cara tu tak kena...boleh mengelirukan umat Islam...nasihat EP penuhkan diri dengan ilmu dulu barulah fikir nak kongsi atau mengajar orang lain...


sumber : empayar pemuda


One Response

  1. Anonymous says:

    Dia nak kawin. Org yg nak jadi wali nikah tu pakai seluar dalam jer. Tapi dia syok kan org tu. Azhar Idus kata haram. Suruh kawin dgn dia...dia carikan wali pakai jubah...Itu jer citer nih.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.