Mizz Nina akur , artis Melayu tak join Arthur's Day !

on Saturday, September 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PENYANYI yang terkenal dengan lagu berentak 'catchy', Mizz Nina berkata, dia tidak akan membuat persembahan sempena Arthur’s Day, yang akan berlangsung di Souled Out, 28 September ini. Mizz Nina, 32, membuat pengumuman itu menerusi laman mikro Twitter pagi tadi.

 Katanya, "Souled Out akan mengumumkan barisan artis baru yang akan menjayakan persembahan untuk Arthur’s Day, hari ini."

 "Saya tidak akan terlibat dengan persembahan itu disebabkan situasi-situasi yang tidak diduga," katanya lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dan seorang lagi artis, Ning Baizura dilaporkan akan menjayakan persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras itu.

 Ning, 37, sudah menarik diri daripada persembahan itu awal minggu ini selepas gambarnya digunakan pada poster promosi persembahan tanpa pengetahuannya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.