Jimmy serah rakaman 2 video panas isterinya kepada mahkamah !

on Tuesday, September 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.- HARIAN METRO


One Response

  1. Anonymous says:

    sah...mmg betul suhaila ni kaki judi!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.