Janda meletup "Ombak Rindu" sedia berumah tangga kali kedua !

on Saturday, September 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pelakon jelita Maya Karin Roelcke, 33, bersedia mendirikan rumah tangga buat kali kedua, selepas setahun lebih hidup menjanda. Maya yang bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010 berkata, pintu hatinya kini telah terbuka dan bersedia menerima cinta daripada mana-mana lelaki.

 Dia yang baru selesai menjalani penggambaran filem Jwanita, arahan Osman Ali itu berkata, sudah tiba masa untuknya memikirkan soal masa depan. "Saya bersedia untuk bercinta semula selepas kegagalan rumah tangga dulu.

Kalau ada yang sudi, apa salahnya. Setakat ini hati saya masih kosong, belum ada 'penghuni'. "Cerita yang mengatakan saya rapat dengan seorang ahli perniagaan itu tidak benar. Saya sendiri tidak sangka di Malaysia pun ada paparrazi yang merakam foto saya dengan orang berkenaan dari jarak jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Maya yang popular dengan watak Izzah dalam filem Ombak Rindu berkata, walaupun cerita itu tidak benar, namun dia tidak marah kerana tahu itu sebahagian daripada tugasan pihak media. Dia yang bakal tampil dengan lagu Sinar Ini bersama penyanyi dan komposer Yassin berkata, bukankah lebih senang kalau media bertanya terus kepadanya.

 "Saya tahu kerja media kerana mereka perlu cari bahan dan sebab itu saya tidak marah. Tapi kalau bertanya terus pasti tidak akan timbul cerita yang bukan-bukan. "Insya-Allah kalau sudah temui lelaki idaman untuk dijadikan teman hidup, pasti saya beritahu. Lagipun perkara elok tak baik disembunyikan," katanya terus-terang.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.