Isteri Sham Kamikazi tuntut cerai , tak boleh hidup dengannya lagi !

on Tuesday, September 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dunia hiburan telah digemparkan dengan laporan terbaru menerusi kenyataan Isteri kepada seorang pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze yang menuntut penceraian terhadap suami beliau pada 30 Ogos yang lalu. Farazila Abdul Jabar telah menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mendakwa terdapat konflik dalaman melibatkan pasangan tersebut sejak 3 tahun yang lalu.

 Farazila juga menjelaskan beliau tekad untuk menuntut kes ini ke mahkamah setelah dilihat tiada sebarang penyelesaian bersama Sham Kamikaze yang dilihat buntu melakukan tindakan menjernihkan semula hubungan tersebut. 

“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan.

 Ia menjadi sebab utama perceraian ini,” katanya kepada wartawan media hiburan baru-baru ini.

ini lah juak-juak PAS ..dok sibuk petik gitar di ceramah2 sampai 
mengabaikan isteri ...

 Sebelum ini, terdapat spekulasi yang disebarkan mendakwa Sham Kamikaze telah melangsungkan pernikahan kedua pada bulan Januari yang lalu. Akan tetapi, Farazila menafikan gosip tersebut merupakan faktor pendorong beliau melakukan tuntutan penceraian ini.

 “Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

 "Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya,” katanya.

 Sementara itu, Sham Kamikaze dalam kenyataannya berkaitan tuntutan isteri beliau itu meminta jasa baik pihak media agar tidak mengeluarkan sebarang pandangan yang tidak menepati situasi sebenar yang berlaku kedua-dua pasangan tersebut. “Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas.

Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham Kamikaze. Bersabarlah menunggu kenyataan rasmi daripada saya kelak InsyaAllah. Diharapkan agar para sahabat semua tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana mana pihak,” tambah beliau lagi. Untuk rekod Sham Kamikaze telah melangsungkan perkahwinan bersama Farazila pada 17 Ogos 2008. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.-KL POS -


One Response

  1. Anonymous says:

    Time terkena btg hidung sdri sume nk tggu nnt dn insyaallah..kepala abah PAS dia!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.