..

..

Guan Eng & Anwar malu besar pertahan Soros di Dewan Rakyat !

on Monday, September 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sidang parlimen pada Isnin panas seketika di sebelah pagi, apabila pembangkang mempertahankan penyangak matawang, George Soros dan persalahkan kerajaan pula berikutan kerugian RM5.7billion yang dialami Bank Negara Malaysia (BN) pada 1993.

 Mereka terlupa agaknya, pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan sehinggalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur soalan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (DAP-Bagan) sebagai “soalan bunuh kawan”.

 Guan Eng sebelum itu telah menyoal Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim mengapa kerajaan mengecam Soros sebagai penyangak yang bertanggungjawab di atas kerugian BNM melalui dagangan pertukaran asing (forex) ketika itu dan bukannya bekas pentadbir kanan BNM, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor).

 Guan Eng menimbulkan persoalan itu setelah Donald memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNM mengalami kerugian RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993. Apabila Guan Eng bertanya siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal itu, Donald menyuruhnya bertanyakan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kemudian mencelah dan mengatakan soalan Guan Eng adalah “soalan bunuh kawan”. Katanya menurut Hansard pada 1993, ayah Guan Eng sendiri, Lim Kit Siang, mendesak Anwar mengambil tanggungjawab ke atas kerugian berkenaan.



 Anwar yang diberi peluang menjawab oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata walaupun ketika itu dia memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, dia tidak mengetahui secara mendalam perkara itu, sebaliknya menuding jari kepada Nor Yakcop yang tidak berada di dalam dewan.

 Anwar kemudian membela Kit Siang dengan mengatakan tidak ada salahnya Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur) bertanyakan soalan itu ketika itu . “Sebagai Menteri Kewangan ketika itu saya mengesahkan perkara itu berlaku dan telah mengarahkan BNM menghentikan kegiatan perdagangan mata wang (FOREX),” katanya.

 Pada sidang media di lobi parlimen selepas itu, dalam usaha mempertahankan dirinya lagi, Anwar berkata ketika dia menjadi Menteri Kewangan pada 1991, BNM tidak langsung memberi sebarang laporan kepadanya berhubung isu berkenaan.

 Kononnya dia hanya mendapat maklumat dari peringkat antarabangsa, umpama pasaran wang di Zurich dan apabila Malaysia dikirik oleh media antarabangsa di Hong Kong. “Ia terbongkar kali pertama apabila laporan bank negara terpaksa dibentangkan.



Maka barulah kita dapat maklumat perkara ini dilakukan sejak tahun 80a, semasa Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan, dengan kelulusan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed” katanya.

 Anwar berkata, Tan Sri Jaafar memaklumkan kepadanya bahawa dia juga tidak tahu mengenai perkara berhubung Forex, sebaliknya ia dikendalikan oleh Nor Yapkob yang berhubung terus dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

 Bunyinya Anwar macam mahu menggambarkan pangkat Nor Yackop lebih besar dari jawatannya sebagai Menteri Kewangan ketika itu?

 Paling pelik apabila Anwar menambah, ketika dia membentangkan laporan di parlimen pada peringkat awal berhubung kerugian berkenaan, dia hanya membaca penyataan Bank Negara.

 “Saya hanya membaca penyataan Bank Negara bahawa kerugian ini terkawal dan kerugian ini tak melibatkan kewangan melainkan apa yang disebut kehilangan di atas kertas.” - AGENDA DAILY


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.