Dr Asri puji Ning Baizura , nasihat Mizz Nina tarik diri

on Friday, September 14, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Dr Mohd Asri mengucapkan tahniah di atas penarikan diri Ning daripada program terbabit. “Sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram,” kata Dr Asri yang dipetik melalu Sinar Harian.

 Selain itu, Dr Asri turut menyeru artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas agama dengan sebaiknya. Katanya, dia tidak bermaksud untuk menggesa mana-mana artis menjadi pendakwah.

 Sebaliknya, dia mahu sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar peraturan agama walaupun mereka berada di dalam dunia hiburan.

 Mengulas mengenai seorang lagi penyanyi iaitu Mizz Nina, Dr Asri berharap dia dapat menarik diri. Rezeki ada di mana-mana, insyallah…,” katanya.- My News Hub


Komen GPB

GPB bersetuju pandangan bekas Mufti Perlis ini yang menyeru artis sekurang-kurangnya mempunyai asas agama yang kukuh walaupun berada dalam dunia hiburan .

Ini kerana dapat menghindarkan mereka  daripada menerima tawaran  seperti membuat persembahan anjuran syarikat arak seperti Guinness Arthur Day ini . Jika mereka ada asas agama ini , mereka tahu akan perkara-perkara yang melanggar peraturan agama .

Ramai artis di Malaysia ini kurang  didikan  asas agama dalam diri dan nasihat oleh Dr Asri ini wajar dijadikan panduan .


One Response

  1. Anonymous says:

    Miss Nina kalau tak nyanyi pun takpe.. Bapak dia pun dah kaya raya. Baik Tarik diri jelah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.