DAP guna nama P Ramlee untuk tarik undi Melayu !!

on Sunday, September 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bila nak dekat PRU 13 , mulalah parti  chauvinis ini  yang baru sahaja   hina umat Islam  menerusi Ngeh  nak menarik sokongan Melayu .  Kini nama P Ramlee pulak dijaja mereka  bagi menukarkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan nama seniman agung ini .

Kenapa baru sekarang hendak tukar nama ?? Sebab nak dekat pilihanraya untuk tarik undi Melayu ? Untuk tunjuk DAP bukan anti Islam & Melayu ? ....Orang Melayu P.Pinang (kecuali pencacai)   tak termakan taktik ini ..

Walhal kezaliman kerajaan DAP hari ini cukup memeritkan orang Melayu terutama peniaga-peniaga kecil . Nak mencari rezaki sesuap nasi pun diganggu bermacam-macam cara seperti seorang penjenayah .


Kalau P Ramlee ini  sokong UMNO /Perikatan ..agak-agaknya 
DAP setuju ke namanya dicadangkan ?


Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

 “Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

 Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Pernahkah LGE atau LKS menonton filem-filem PR?
    Apakah lagu PR yang mereka gemari?

    Hipokrit tahap melampau.

  2. Anonymous says:

    dia ni dah meroyan ni...skit hari nak tukaq nama pulau guan eng pula...

  3. Anonymous says:

    Tak payah la Guan Eng nak sibuk2 pasal nak memperingati nama seniman agung P.Ramlee. Semua itu hanya untuk kepentingan politik. P.Ramlee menjadi pujaan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Ramai yang meminati filem2 nya serta lagu hasil gubahan nya. Jangan sesekali mempolitikan nama seniman agung. Sejak bila DAP pandai untuk menghargai jasa jasa orang melayu. Setahu saya DAP adalah sebuah parti yang tidak suka kepada melayu.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.