Bintulu daif : Nurul Syuhada TV3 didesak mohon maaf

on Sunday, September 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments




Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mahu pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kenyataan maaf tersebut patut dibuat secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu. Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

 "Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam, " katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

 Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

 Katanya Bintulu sudah lama membangun dan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pedalaman. Oleh yang demikian, katanya personaliti TV3 itu perlu berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.

"Diharap pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan," katanya. Sementara itu kenyataan tersebut menjadi perbualan aktif dalam media sosial seperti Facebook dengan satu akaun khas 'Sila Mohon Maaf secara terbuka Cik Nurul Syuhada & TV3' dibuat yang kini mendapat sokongan lebih 2,000 ahli termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Sarawak.

 Turut merasa tempias ialah akaun FB MHI TV3 yang mendapat reaksi negatif dari penduduk negeri ini dengan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pengacara tersebut dan mahu minta maaf dibuat secara terbuka.


19 Responses

  1. bhar zul says:

    Dia ini pun satu juga. Cakap ikut suka dan bahasa dia sahaja. Dia tidak tahu barangkali PRU sudah berada dibalik pintu...orang orang Sarawak sangat baik hati dan peramah tapi kalau mereka sakit hati berserabut juga nanti jadinya..apa lagi sudah melibatkan PBB! Cik Nurul minta maaf saja lah diatas keterlanjuran bahasa..

  2. Anonymous says:

    tindakan yang betul...kalau boleh suruh dia resign terus.ada ku kesah!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. Anonymous says:

    Camne pulak wartawan kalo cakap xbuat research dulu ni...bangang la aku dengan c nurul nie..segal mulut badah binasa oii...melampau..nah ini makan diaaa....

  4. bkn mmg skrip diberi ek...

  5. Anonymous says:

    rasanye swk dah ckp maju dah.. xperlu twin tower yg swk dah tolong bangunkan bersama pun masih boleh hidup lagila.. tlgla nurul syuhada.. jgnla nak bagi alasan yg mengakibatkan pembelitan cerita nanti.. hoho

  6. Anonymous says:

    wlau skrip dberi cik Miz Deella, c nurul sptutnya buat research terlebih dulu.. jgn bgantung sgt pd skrip.. krn mulut, bdn binasa..

  7. Anonymous says:

    kesian.. muka cantik tapi otak cetek.. sorry to say..

  8. skrip xakan diberi seratus peratus...hanya point serta isi penting sahaja yang diberi..isi penuh dikarang dek minda sendiri...bila minda cetek ilmu pengetahuan tak meluas begini lah jadinya.....

  9. Saya rasa skrip penuh tidak diberi, hanya point dan isi2 penting sahaja yang dibekalkan..seterusnya ayat penuh akan dibuat sendiri berdasarkan ketinggian minda seseorang pengacara itu, jika minda nya bagus, ilmu nya penuh, maka senang halwa telinga orang mendengar...

  10. Anonymous says:

    kalau orang dari PR kata macan tu PM dan seluruh BN akan kutuk. TV3 kan UMNO yg punya jadi kes kecil saja. minta maaf dlm FB cukuplah sebab orang sarawak low kelas, tak perlu minta maaf melalui TV. cam tu ke org Malaya?

  11. Anonymous says:

    biasalah org malaya katak bawah tempurung.berlagak bijak.

  12. Anonymous says:

    cakap tu pandang pandang ......jgn main tentam aje...sedarlah sikit...jgn pandang sarawak tu negeri tak baik....rakyat sarawak kesal dgn tomahan yg tak berasas dari nurul dan tv3...sungguh biadap nurul terhadap sarawak......klu tak ada sabah sarawak bn tak kan menanglah......lain kali klu nak buat suatu fikirkan dulu baru keluarkan kenyataan.... penebit mainkan peranan...memalukan tv3 saja.....

  13. Anonymous says:

    tanpa sarawak dan sabah BN ntah kemana dah. nurul syuhada pula jgn ikt sedap mulut jer....nak kutuk sarawak cermin lah muka dulu. d semenanjung sana pun org2 nya tak juga hebat mana.

  14. Anonymous says:

    Lain kali wartawan dan npenyampai tv kena puji serawak dan sabah sungguh maju dan segalanya cukup dan teratur dibawah pimpinan KM masing masing .DLm kes nurul ni memang bentulu masih ketingalan ........aku selalu kebentulu jangan nak tipulah

  15. Anonymous says:

    apa yg nurul ckap tu mmg betul bintulu masih daif.tpi ada stengah pihak tu yg tak dpt trima apa yg nurul ckap tu sperti parti be end tu yg slalu ckap sarawak dah maju,tpi hakikatnya sarawak msih ktinggalan di bwah pimpinan pemimpin skrg.

  16. Anonymous says:

    alahaiiii...tersalah ckp je pun...bkn sengaje...yg kt ats2 comment yg dok tegur kak nurul gune bhse x sopan tu mcm betul n baik sgt ckp tu...terslah ckp xpe, jgn ckp mmg nk ckp tp maki2 hamun org marah2 tu perangai mcm eee...ntah2 ape yg kak nurul ckp tu kot betul mane kte tau kn..org sarawak yg suruh mnta maaf, negeri lain rilek je dengo...alahaiii...sabarlah...x semua org tau sarawak tntg sejarah n perkembangannyer... tegur biar molek....

  17. Anonymous says:

    kadang2 org yg baca @ jd pengacara sekolah @ kt mne2 pn tersalah info, tersalah ckp..bukan niat nk buruk2kn, tp t'salah ckp..berdosa ke klu tersalah ckp???...lain lh yg maki hamun kak nurul syuhada kt ats2 tu..berdosa x??klu rase x berdosa n xrase b'slh sbb marah2 n ckp org gini gitu xtaulh..doa2...doa byk2 moga ALLAH bukakn pintu hati kite semua utk bersabar n jaga mulut kita..biar mulut tersalah ckp (sbb blh di perbetulkn) tp jgn mulut suka ckp2 salah org sdg kn salah sndiri x terkira..lemah lembut sket perangai..jaga mulut n hati, jgn dok sedap ngate org..fikir2kanlah..... abg sy jd cikgu kene baling ke sarawak dpt tempat yg sgt2 pendalaman...bru masuk kene tido kt stor sekolah sbb xde rumah sewa kosong,,kwn die x larat terus benti xnk jd cikgu kt situ...nasib skrg dh dpt...sedih n terkejut bile dengo abg jd gitu...

  18. Anonymous says:

    kadang2 org yg baca @ jd pengacara sekolah @ kt mne2 pn tersalah info, tersalah ckp..bukan niat nk buruk2kn, t'salah ckp..berdosa ke klu tersalah ckp???...lain lh yg maki hamun kak nurul syuhada kt ats2 tu..berdosa x??klu rase x berdosa n xrase b'slh sbb marah2 n ckp org gini gitu xtaulh..doa2...doa byk2 moga ALLAH bukakn pintu hati kite semua utk bersabar n jaga mulut kita..biar mulut tersalah ckp (sbb blh di perbetulkn) tp jgn mulut suka ckp2 salah org sdg kn salah sndiri x terkira..lemah lembut sket perangai..jaga mulut n hati, jgn dok sedap ngate org..fikir2kanlah..... abg sy jd cikgu kene baling ke sarawak dpt tempat yg sgt2 pendalaman...bru masuk kene tido kt stor sekolah sbb xde rumah sewa kosong,,kwn die x larat terus benti xnk jd cikgu kt situ...nasib skrg dh dpt...sedih n terkejut bile dengo abg jd gitu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.