Biar betul , bodguard Anwar ditentukan sendiri Wan Azizah !!

on Thursday, September 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PENULIS dimaklumkan bahawa jumlah pengawal peribadi dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah ditentukan oleh isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

 Buat masa sekarang, penulis dimaklumkan bahawa Anwar dikelilingi antara 4-5 orang pengawal peribadi rapat, tidak termasuk beberapa orang lagi pengawal pengiring yang bertindak mengawal kenderaan yang dinaiki beliau. Jumlah sedia ada sekarang disifatkan sesetengah terlalu ramai walaupun penulis rasa, tidak akan ada sesiapa yang mahu membantah kalau tujuannya untuk memastikan keselamatan Anwar terjamin - tak kisahlah pun berapa ramai orang diperlukan dan berapa tinggi belanjanya.

 Cuma masalah disitu ialah, jumlah yang ramai ini menimbulkan masalah yang lain pula terutama dari segi kualiti pengawal peribadi yang disediakan syarikat kawalan keselamatan terbabit. Malah ada juga dakwaan yang mengatakan syarikat keselamatan terbabit dimiliki oleh orang UMNO.

 Persoalan ini (kualiti pengawal keselamatan) dibangkitkan banyak pihak, lanjutan dari insiden yang berlaku di Melaka baru-baru ini bila seorang pengawal peribadi Anwar yang mengiringi siri jelajahnya di Melaka, mengacukan senjatanya ke arah orang ramai demi melindungi keselamatan Anwar yang beliau percaya sedang terancam.KLIK DI SINI


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.