Jue Aziz nafi ada hubungan dengan suami Rita Rudaini !

on Thursday, August 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pelakon Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan dakwaan dia memiliki hubungan istimewa dengan suami pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak. Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya.

 “Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia. “Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa?

Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam. Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan. Tambahnya: “

Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.