PRU 13 : Transformasi VS janji politik populis Pakatan

on Monday, July 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pakatan pembangkang hanya mengamalkan 'politik populis' tanpa menunaikan janji, sebaliknya pimpinan Barisan Nasional (BN) membuktikan perancangan yang dilakukan berhasil melalui program transformasi.

 Beliau berkata janji populis pembangkang seperti memansuhkan bayaran tol dan pinjaman PTPTN, bukan untuk memajukan negara ke arah berpendapatan tinggi malah lebih menjurus kepada negara yang bankrap. 

"Perdana Menteri telah melakukan transformasi sosial dan politik untuk memastikan masyarakat yang lebih demokratik, dan saya yakin ini permintaan dan hasrat rakyat jelata, berbanding dengan pakatan rakyat yang hanya menabur janji merata tempat, tapi tidak menunaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Perak pada Ahad.

 Sehubungan itu, pengundi terutama kaum Cina perlu menilai dan membuat perbandingan terhadap janji yang dikotakan kerajaan BN dengan janji pakatan pembangkang.

 Beliau berkata semasa krisis mata wang ringgit pada 1997, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir berjaya mengorbankan negara kepada IMF.

 "Jadi, saya harap peristiwa yang pahit itu tak berulang disebabkan sokongan rakyat yang terpengaruh dengan tipu helah parti pembangkang," katanya. Dalam pada itu, konvensyen MCA menggariskan 10 resolusi antaranya penyalahgunaan rasuah dan amalan penindasan kuasa serta menggesa masyarakat menyokong transformasi Perdana Menteri iaitu "Janji Ditepati". BERNAMA


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.