PRU 13 tahun ini menurut hint TPM TS Muhyiddin ??

on Sunday, July 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tahun ini ke tahun depan? Itu teka teki terhangat mengenai bila pilihanraya umum ke 13 akan diadakan. Berbagai spekulasi kini berlegar mengenainya. Ahad,Tan Sri Muhyiddin sudah kasi panas lagi cakap-cakap mengenai tarikh PRU13 bila beliau menyuarakan pandangan bahawa masa yang terbaik untuknya ialah dalam tahun ini.

 Malah beliau tidak melihat beberapa perayaan yang akan diadakan dalam masa terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri sebagai satu halangan untuk adakan pilihanraya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Batu di Kuala Lumpur.

 "Tak tahulah Perdana Menteri (dipercayai merujuk kepada kuasa perogratif PM tentukan bila pilihanraya hendak diadakan) . Mungkin beberapa bulan akan datang. Tapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini. Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa. Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya?

 "Saya kata apa salahnya. Bulan raya , apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan , apa salahnya. Masuk September Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia ," katanya. Serentak dengan itu beliau mahu bahagian-bahagian UMNO menumpukan perhatian buat segala persiapan untuk pilihanraya.

 "Pemimpin setiap bahagian mesti rajin dan turun padang untuk mendengar masalah rakyat. Jangan sampai rakyat berasa terabai," tambah beliau. AGENDA DAILY


One Response

  1. Anonymous says:

    Mmg sah PRU nak buat pada bln posa & hari merdeka...pasai apa? Senang UMNO nak main sentimen melayu..nak naik semangat melayu...yg UMNO buat taktau ialah org melayu mmg dah takmau UMNO...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.