Mustafa Ali sound siapa yang cuba menghina janda ini !

on Monday, July 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis. Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.

 “Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.

 "Kita tidak pernah memaksa mereka.

Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu.

Komen GPB

Memang pun PAS perkudakan artis untuk menarik orang ke ceramah-ceramah mereka .. Hairie sendiri akui jadual ceramahnya  semakin padat diatur oleh PAS ke seluruh negara , begitu juga denga Abby Abadi .

Tak payah la Mustafa dok berselindung lagi kononnya UMNO  menghina artis . Yang Kit Siang menghina artis seperti Amy Search , Jamal Abdillah masuk UMNO kerana mendapat duit itu apa pulak ?? Itu dihalalkan sebab yang cakap itu puak depa ..



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.