- Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.
Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan. "Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau. "Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.
Komen GPB
Lawak sungguh badut yang dibeli oleh Anwar Ibrahim ini .. Tak pernah orang buat letak jawatan MT UMNO & Ketua Bahagian tapi tak mahu lepas pulak Timb Menteri & keahlian UMNO ..
Sebabnya mudah ...pengkhianat ni nak ugut Najib pecatnya dari UMNO dan Timb Menteri , maka baru lah jadi hero . Bagi GPB la , Lajim Ukin adalah pemimpin pengecut dan gila kuasa .. kalau nak berambus sangant dari UMNO & kerajaan untuk ikut Anwar Ibrahim ..letak je semua jawatan !
Sekurang -kurangnya Zaid Ibrahim lebih tak sayang jawatan Menteri seperti Lajim tamak kuasa ini ..













inilah contoh politikus kasta rendah...eloklah berdamping dengan nik aziz yang memang terkenal sebagai pemecahbelah umat Islam di negara ini.