Lawan tetap lawan. anak kepada Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong tampil lagi dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MCA,Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ahli Parlimen Labis dan Timbalan Menteri Pertanian itu membuat pendedahan baru tentang isu hutang Talam Corporation sekalipun Tan Sri Khalid Ibrahim kata kerajaan negeri Selangor akan saman MCA dan pihak-pihak yang dakwa ada penyelewengan dalam urusan itu.
Apa agaknya Menteri Besar Selangor itu nak jawab kali ini.Dakwaan Chua bertambah serius.
Beliau yang disertai oleh sebilangan pimpinan MCA lain ingin tahu bagaimana Talam yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta yang dakwannya RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.
Sedangkan menurutnya laporan penilaian bertarikh 11 Oktober 2010 oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd telah meletakan harga tanah pegangan pajakan berkenaan pada harga pasaran sebanyak RM 139 juta atau RM60,000 seekar dengan syarat tanah itu bebas dari sebarang bebanan.
Dengan nada menyindir,Chua berkata, " hari ini saya ingin ucap tahniah kepada syarikat Talam atas skil perundingan pertniagaan luar biasa yang mereka tunjukan dengan kerajaan pakatan rajkyat Selangor dalam hal berkenaan dengan langkah pengutipan semula hutang". Menurut beliau kerajaan Selangor dakwa ia membawa manafaat kepada rakyat negeri itu."
Namun saya fikir pihak yang paling bijak dan mendapat paling banyak manafaat dan keuntungan ialah Talam," ujarnya. Kata Chua tanah tersebut bukan sahaja masih belum bebas daripada bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan. malah daripada 2,263 ekar kawasan tanah itu, kemungkinan sebanyak 1,013 ekar atau 44 peratus mempunyai komplikasi.
Antaranya sebanyak 438 ekar tanah adalah tanah yang berada di bawah air. Bagi tanah di bawah air ini, mengikut anggaran semasa, ia memerlukan tambahan kos antara RM50 hingga RM100 juta untuk kerja-kerja menimbus sebelum sebarang kerja pembinaan boleh dimulakan. Manakala sebanyak 575 ekar lagi kerajaan Selangor telah mewartakannya sebagai 'kawasan simpanan untuk hutan dan ekologi' yang tiada banyak nilai komersil.
Pada sidang akhbar berkenaan Chua juga menegaskan beliau tidak gentar dengan kenyataan Khalid hendak menyaman mereka yang mendakwa ada penyelewengan dalam urusan berkenaan. Katanya kerajaan pakatan rakyat boleh terus buat apa yang mereka hendak buat dan beliau akan teruskan buat apa yang patut buat.- 5/7/2012 -AGENDA DAILY
Komen GPB
Ini lah cara Merakyatkan ekonomi negeri Selangor ..beli tanah dengan harga mahal daripada harga pasaran ..hahaha ..Tahniah !!
Di PP pulak regim DAP jual tanah di bawa harga pasaran .....haha ..
Ini lah cara Pakatan Haram kaut & songlap duit rupanya ....













Talam bawah siapa? UMNOOOOOOO jugakkkk.....