Guan Eng perlukan ramai bodyguard menjaganya ??

on Friday, July 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan mengupah lebih ramai pengawal peribadi untuk menjaga dirinya jika merasakan pihak polis gagal menjalankan tugas dengan berkesan.

 Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar, Loh Chye Teik berkata, Guan Eng juga boleh mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan di negeri ini.

 Katanya, berdasarkan 'ujian' yang dilakukan terhadap tindak balas polis dalam masa kecemasan, beliau mendapati keputusannya memuaskan.

 "Hari ini saya mendapati polis sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan membantu penduduk. "Berdasarkan ujian yang dilakukan tadi, saya berpuas hati dengan perkhidmatan polis dan membuktikan negeri ini selamat," katanya. 

Sebelum itu, Loh bersama pengerusi cawangan baru Komtar Lim Cheng Hee kelmarin mengadakan satu demo di kiosk interaktif depan pasar raya Gama bagi menolak tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyatakan Pulau Pinang tidak selamat. Dalam demo itu, sebaik aduan dibuat pada pukul 11.08 pagi, tiga minit kemudian tiga anggota polis tiba untuk memberi bantuan.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.