..

..

Bob Lokman dah ready menjadi calon PAS di PRU 13 !

on Sunday, July 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

 Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut. Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

 “Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara. Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

 “Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan,” katanya. Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.

 Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara.

 “Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua. Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang, Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut,” katanya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bob dulu kata anak sendiri tak terjaga, jadi iblis kerana BN, kalau jadi YB lagi sibok, nanti anak jadi syaitan, salahkan PAS pulak, balik rumah tu jaga dan didik anak, siapapatut dipersalahkan selepas ni? PKR atau DAP pulak.

  2. Anonymous says:

    Bob lu
    Mimpilaaa....

  3. Anonymous says:

    nak jd wakil rakyat..??kahkahkahkah....geli ketiak teman...jd duta iklan kopi cap orang kuat blh le...huhu

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.