Turun padang :UMNO Permatang Pauh jawab tuduhan Mansor

on Monday, June 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semasa  Mansor Othman berucap di pidato perdana  Merdeka Rakyat dekat  Taman Guar Perahu , GPB yang berada di situ mendengar  bukan main lagi kaki bodek Guan Eng ini   menghentam UMNO  kononnya tak pernah beri satu sen pun kepada rakyat  . 

Sebabnya kerajaan DAP berjiwa rakyat telah  memberi RM 100 kepada warga emas , itu pun yang menjadi pengundi negeri ini sahaja .



Malah UMNO Permatang Pauh juga menerima tempiasnya  juga bila mana  dia juga kata baru nak turun padang jenguk rakyat sebabnya dah  nak dekat pilihanraya .

Benarkah dakwaan ini ??  UMNO  tak pernah beri satu sen kepada rakyat .... serta  jarang turun padang jenguk rakyat  ... 

Atau pun  Mansor menuduh UMNO ( bahagian Permatang Pauh )  disebabkan mahu tutup kelemahannya yang jarang turun padang bekerja & ambil tahu  masalah rakyat terutama di  DUN Penanti ? 


Untuk mencari jawapan  dalam isu ini ,  GPB sendiri   telah berjumpa & bertanya sendiri kepada  Penyelaras BN Parlimen Permatang Pauh, Dato Abd Jalil Majid  . Beliau menyangkal sepenuhnya tuduhan tidak berasas Mansor ini dan mendakwa  UMNO  menerusi  BN di Permatang Pauh  sentiasa berkhidmat untuk rakyat sepenuh masa. 

Antara contoh  bantuan kebajikan daripada BN meneruis UMNO   ialah : 

- Bantuan untuk warga emas RM 200  untuk  1500 orang  pelbagai kaum 

- Membaiki 80 buah rumah rakyat yang uzur 

- Membina rumah 30 buah  yg baru untuk rakyat miskin . 

- Memberi  200 buah kerusi roda kepada golongan OKU 

Itu belum termasuk bantuan-bantuan lain .  Malah dalam kejadian rumah terbakar , ribut  atau masalah rakyat  yang lain , wakil dari BN yang turun padang dahulu bukannya Mansor  atau orang dari  kerajaan DAP . 

Kesimpulannya , kalau Mansor rasa duit RM 100 kerajaan DAP itu untuk warga emas  hebat sangat  hingga boleh jadi modal untuk  tuduh UMNO tak pernah beri satu sen pun kepada rakyat ...  GPB nasihatkan hentikan lah . 

Ini kerana rakyat  terutama di Permatang Pauh termasuk penyokong PAS sendiri   yang terima bantuan dari UMNO ini lebih mengetahui siapa yang kuat bekerja & berkebajikan untuk rakyat.  Kalau pi tanya dia soalan berapa buah rumah rakyat di DUN nya  sendiri diperbaiki dan dibina baru... GPB yakin dia tak boleh jawab ..hahaha





Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.