Tiada Rakyat maka Tiada Raja"... itu lah titah DYMM Sultan Johor yang cukup tersentuh di hati GPB semasa baginda bertitah di depan rakyat jelata yang datang ke istana Pelangi seramai 30 ribu .
GPB dimaklumkan Tuanku sebak & mengalir air mata selepas melihat sokongan rakyat negeri baginda.
Kepada PAS.. terutama Din Puduraya jangan mimpi la nak jadi MB Johor kerana rakyat negeri baginda dan sedia terajang di PRU 13 !
"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja. Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh.
Beta tidak akan lupa hari bersejarah ini sampai bila-bila," titah baginda.
PEPATAH lama melayu ada menyebut, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Disesuaikan dengan keadaan di Malaysia ini, sudah termaktub zaman berzaman sejak beratus-ratus tahun lalu bahawa ketua negara dan negeri di Malaysia ini adalah Sultan, Raja dan Yamtuan Besar – dipendekkan Raja-Raja Melayulah. Inilah hakikatnya pada yang memegang taraf kerakyatan negara ini, suka tak suka, inilah dia.
Kalau tak suka boleh berambus.
Waima di negara mana yang ‘diberambuskan’ itupun, siapa pun ketua negaranya masih perlu dihormati. Kalau raja, rajalah, kalau presiden, presidenlah. Ini penulis tujukan kepada Nizar, yang sudah berulang kali menunjukkan sikapnya yang anti raja dan anti melayu.
Tunggu sekarang, Nizar jadi anti Islam saja, selepas itu lengkaplah Nizar sebagai penderhaka ulung negara ini. Idea ini datang selepas penulis sebak melihat DYMM Sultan Johor yang terharu dengan sokongan rakyat kepada pemerintahan baginda pagi tadi (seperti disiar Buletin Utama). Tak pasal-pasal baginda Tuanku diseret Nizar dalam polemik politik.
Dendam Nizar kepada Raja-Raja Melayu masih tak padam, semuanya sebab keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permohonannya supaya DUN Perak dibubarkan setelah 3 ADUN DAP dan PKR melompat parti.
Tapi bila DYMM Sultan Perak perkenan perlantikkannya sebagai Menteri Besar walaupun PAS paling kurang kerusi dalam DUN, dia tidak pulak bising. Penulis dan ramai orang lain tahu, isu nombor plat ini hanya sebab, sebetulnya ada agenda lebih besar untuk merepublikkan negara ini selaras dengan matlamat agung DAP.
Bukan kita bodoh. Penulis nak beri amaran kepada Nizar, kalau berani tulis dalam manifesto Pakatan Haram untuk mengubah perlembagaan negara ini supaya sistem beraja dibuang dan diganti dengan negara republik. Anwar boleh jadi Perdana Menteri, manakala mana-mana pemimpin DAP yang Nizar termakan budi sangat tu boleh jadi Presiden. Kalau berani tulis dalam manifesto, kita nak tengok rakyat terima atau tidak.
Toksahlah nak guna taktik perang gerila atau baling batu sembunyi tangan. Nak cakap, tapi sebab takut hilang undi, tak terucap. Kalau dah itu matlamatnya, sebut sajalah dan dokumenkan dalam manifesto pilihanraya, dan tunggu respon rakyat macam mana.
Kita cabar Nizar, kalau ada ‘bola’lah. Selagi itu, Nizar terima sajalah sistem sedia ada sebab inilah pilihan rakyat. Rakyat mengundi untuk mengekalkan sistem beraja sekarang dan ia perlulah dihormati semua orang, termasuk Nizar. Tak puas hati, macam penulis sebutkan di atas – boleh berambus.
Sumber: MyKMU










