Tolong ikat pinggang dan tahan ketawa membaca kisah ini.Bunyinya macam satu pendedahan sensasi tetapi kalau buat skrip filem ia boleh jadi filem lawak.
Petang Khamis beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang mengadakan sidang akhbar di bangunan Parlimen untuk mendedahkan identiti siapa ‘ ejen BN’ yang digembar-gemburkan terlibat ‘nak beli’ Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya,Selangor Gwo-Burne Loh .Harga tawaran RM 2 juta.
Mereka tayang sedutan klip video tiga minit 41 saat yang dirakam secara sulit satu pertemuan melibatkan lima orang di sebuah restoran di Lembah Kelang setahun yang lalu.
Mereka terdiri dari dua wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dua ejen mewakili BN serta seorang pemandu kepada ejen.
Sidang akhbar itu lanjutan dari sidang akhbar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dua minggu lalu dimana beliau mendakwa ada bukti ‘ ejen BN’ cuba beli wakil rakyat pakatan pembangkang.
Waktu itu beliau tidak sebut siapa ejen berkenaan dan beritahu akan dedahkan semasa sidang akhbar di bangunan Parlimen ( hari ini).
Kalau sesiapa sudah lupa Gwo-Burne Loh ini adalah orang yang menang pilihanraya gara-gara mencipta nama ambil video peguam VK Lingam.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Machang,Saifuddin Nasution ,Khalid menamakan ‘ ejen BN’ itu adalah Zamil Ibrahim.
Khalid berkata, rakaman yang didedahkan itu adalah sebahagian daripada rakaman penuh yang berlangsung selama tiga jam dan dirakam selepas beberapa Ahli Parlimen dari PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meninggalkan parti itu.
Untuk menambah rencah pada kisah ini,Saifuddin mempersoalkan kemewahan yang diperoleh Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil katanya, kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.
Sedangkan ,dakwanya beliau mengenali Zamil dengan latar belakang sebagai penjual burger dan isterinya menjual alat kosmetik tradisional.
“Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi,” katanya.
Entahlah apa yang gempak sangat dalam pendedahan ini.
Mungkin pakatan pembangkang nak bagi gambaran semua bekas Ahli Parlimen yang tinggalkan parti untuk jadi Ahli Parlimen Bebas ‘kena beli’.
Apa lagi tujuannya kalau bukan itu.
Malah Khalid berkata video ini membuktikan bahawa pembelian Ahli Parlimen PR memang dijalankan oleh ejen-ejen ini.
Sebaliknya kisah pendedahan ini disambut oleh gelak ketawa sakan oleh kalangan wartawan dan orang politik yang mengenali Zamil.
Mula-mula ada juga yang agak suspen siapa agaknya orang besar BN yang bakal didakwa jadi ‘ejen BN’ itu.
Bila dengar nama Zamil disebut ada yang malah kata ia mengambarkan bagaimana bodohnya pakatan pembangkang.
Zamil ialah bekas pemimpin PKR Kedah yang kebelakangan ini riuh berebut jawatan Ketua parti KITA dengan Datuk Zaid Ibrahim.


Zamil bukanpun ahli UMNO .
Apa yang membuat ramai gelak sakan kerana tahu sangat cerita sebenar Zamil dengan PKR ini.
Zamil sendiri ketika dihubungi Agendadaily Khamis malam menafikan beliau 'ejen BN’ seperti didakwa Khalid.
Menariknya beliau tanpa berselindung berterus terang mengakui orang dalam video itu adalah dirinya.
'Ejen PKR' yang hadir dalam pertemuan itu adalah ayah kepada Gwo-Burne Loh.
"Saya bukan ejen UMNO atau BN, tapi sesiapa saja yang hendak keluar PKR boleh jumpa saya, saya memang suka tengok parti tersebut hancur," kata Zamil.
Menurut Zamil, pertemuan tersebut sudah lama,hampir dua tahun lalu, selepas beliau keluar dari PKR dan sebelum menyertai parti KITA.
"Masa itu saya banyak masa terluang, ada kawan ajak jumpa, di restoran Arab kat Bukit Bintang, saya pergilah, sembang sambil pekena nasi Arab," katanya yang turut gelihati mengenai kisah pertemuan itu dirakam secara sulit.
Untuk rekod Zamil terkenal dalam PKR sebagai orang yang mula-mula mencalonkan bekas Timbalan Presiden PKR Abdul Rahman Othman untuk lawan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizan Ismail pada pemilihan parti itu tahun 2007.
Zamil yang ke hulu ke hilir dapatkan pencalonan untuk Rahman dan all-out berkempen menentang Wan Azizah, sampai Anwar pening kepala dan kena deal dengan Rahman sendiri.
Kisah Zamil meluat habis dengan PKR ini bukan cerita baru.Jadi kalau hendak dakwa beliau 'ejen BN' rasanya kurang tepat.
Ini lebih kepada isu peribadi Zamil VS PKR totok.
Nampak sangat pembangkang terdesak hinggakan semua nak kaitkan UMNO dan BN dalam masalah dalaman mereka sendiri.
Kata Zamil,"bukan bapak MP Kelana Jaya saja yang jumpa saya, ramai MP PKR jumpa saya, terutama apabila ada masalah dalaman, mereka mengadu itu ini nak minta saya tolong...
Kata Zamil,"bukan bapak MP Kelana Jaya saja yang jumpa saya, ramai MP PKR jumpa saya, terutama apabila ada masalah dalaman, mereka mengadu itu ini nak minta saya tolong...
"Kawan-kawan susah, minta tolong, saya tolong apa yang mampu, saya bukan 'egen' mana-mana pihak..." katanya.
Zamil turut mempersoalkan kenapa Khalid sibuk tentang masalah PKR sampai jadi orang pertama dedah perkara tersebut.
"Saya terkejut MP PAS yang bawa isu ini... ini secara tidak langsung membenarkan apa yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali yang PAS sekarang ditunggang PKR," katanya.
Mengulas mengenai Saifuddin pula Zamil mendakwa ahli Parlimen Machang itu merupakan orang yang tidak kenang budi.
"Ketika beliau susah dalam PKR, saya merupakan kawan rapat dia, semuanya kami buat bersama, kecuali mandi…. jangan celupar sangat sebab saya tahu A sampai Z kisah dia..." kata Zamil.
Menurut Zamil beliau bercadang hendak mengadakan sidang akhbar mengenai isu ini Jumaat.
Sementara itu beberapa orang pemimpin BN hairan mengapa Zamil cuba dikaitkan sebagai ‘ejen BN’.
Mereka mengakui tidak kenal sangat Zamil kecuali baca kisahnya di akhbar bergasak dengan Zaid dan PKR dari masa ke semasa.
Malah Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dalam komen ringkas menerusi SMS sifatkan ini ‘cerita kelakar’.


Dalam pada itu ada juga pemerhati politik yang hairan mengapa pakatan pembangkang riak sangat hendak membuat pendedahan video ini.
Ini kerana kebelakangan ini mereka semacam sudah set tidak mahu percaya pada sebarang pendedahan video.
Video seks 99.9 peratus tulin yang terang-terang tunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang ‘berentap’ dengan seorang GRO China dicop fitnah.
Bukan itu saja malah rakaman CCTV Anwar sedang naik turun lif apartmen lokasi aksi seks dengan Datuk Sharzly Eskay Abdullah pun ada.


Mereka juga butakan mata pada rakaman video memaparkan Anwar sedang bagi signal pada Azmin Ali sebelum berlaku rempuhan Dataran Merdeka masa demo Bersih yang kecoh baru-baru ini.
Sekarang video Zamil sudah jauh kategori WAJIB PERCAYA- 14/6/2012 - AGENDA DAILY













Slm bro..tolong link blog saya kat blog bro..tq