Ostat PAS ada peluang jadikan Abby sebagai isteri

on Tuesday, June 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Bekas Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.
Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu akbar...taklah...main-main, iklan-iklan...

"Sapa ustaz kat sini...ramai," ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tak ada ilmu dalam majlis PAS tu. Percaya lah. Ilmu seks adalah.

    Kalau lah Abby faham apa itu ilmu. Sesuatu yang hidup lagi menghidupkan.

    Ilmu itu bukan solat tonggang tonggek dan hafal segala hukum hakam dan kitab. Ilmu itu mempunyai roh ilmu. Feel tu mau...

    Apa apa hal kita syokkkk duluuuuuuuu.

  2. Anonymous says:

    Mintak abby seloroh macam tu selalu, kasi ustaz pas semua khayal dan berebut2 sesama sendiri sampai habis pru keh keh keh...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.