Jawatan PM : Guan Eng memang pandai berlakon wayang opera..

on Tuesday, June 12, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.




Komen GPB


Bangang la kalau Guan Eng tolak jawatan PM kerana itu lah yang diidam-idamkan DAP selama.. Punya la nak berlakon , semasa di ceramah Merdeka Rakyat ..beliau dengan bangganya  umumkan pemidato seterusnya adalah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim . hebat lakonannya ..


Pernah GPB mendengar ceramah seorang bekas pemimpin DAP, dia akui jika Pakatan menang ..memang Anwar jad i PM tetapi itu hanya sementara.  


Kerana Anwar bakal dijatuhkan dalam Pakatan sendiri dan kita semua tahu dia memang ada masalah moral yang cukup teruk .





Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.