Guan Eng selaku broker tanah ini tetap juga berkeras pertahankan tanah di tengah bandar Georgetown itu dijual kepada swasta. Alasannya :
1) Keluasan tanah yang tidak mencukup untuk bina rumah kos rendah
2) Kerajaan DAP gantikan tanah yang lebih luas di Jalan SP Cheliah seluasa 7 ekar
3) Tanah ini kecil dan cukup sesuai binn hospital swasta , boleh menyumbang pendapatan melalui pelancongan perubatan
4) Tanah dijual bukan untuk kaut untung kerana kerajaan DAP gantikan lagi tanah yang lebih luas
Sebagai rakyat P.Pinang , alasan Guan Eng ini tidak boleh diterima sama sekali demi menghalalkan penjualan tanah ini kepada swasta.
Pokok pangkalnya sekarang , Guan Eng memang telah jual tanah untuk rakyat miskin memiliki rumah kos rendagh di dalam bahagian pulau . Ganti lah tanah yang lebih luas di tempat lain pun , tapi tanah di situ memang digadai pun kerajaan DAP untuk kaut keuntungan .
Menggantikan tanah lebih luas di Jalan SP Cheliah bukan alasan yang bijak untuk menyatakan bahawa akan lebih banyak rumah kos rendah di bina berbanding tanah 1.1 ekar di Jalan Burmah. Sepatutnya Kerajaan DAP boleh membina rumah kos rendah lebih banyak lagi jika menggunakan kedua-dua tanah ini lagi .Tidak timbul isu ganti tanah kerana tanggungjawab kerajaan negeri untuk bina rumah kos rendah .
Tetapi Guan Eng tak mahu sebab kaedah menjual tanah kerajaan negeri kepada swasta lagi menguntungkan dari bina rumah kos rendah untuk rakyat . Tambahan lagi sekarang ini sudah hampir dengan PRU 13 di mana mereka sekarang sedang sibuk mencari dana .
Selain itu , jika seorang akauntan seperti Guan Eng cakap tanah itu tak mencukupi untuk bina rumah kos rendah ,sebenarnya satu pembohongan terang -terangan !
Pergi tanya la kepada engineer , arkitek atau pun Ir Shaik Hussein Ketua Pemuda UMNO PP yang pakar dalam bidang pembinaan ini ..tanah 1.1 ekar itu cukup besar dan sesuai dibangunkan serta cukup syarat pembangunan .
Mengenai pendapatan dapat diperolehi melalui pelancongan perubatan jika dijual tanah ini ..Persoalannya , mengapa tanah kerajaan negeri menjadi mangsa oleh kerajaan DAP & pihak swasta ini ? Mengapa mereka tak pergi beli saja tanah private yang lain di P.Pinang ini ? Tanah kerajaan untuk bina rumah kos rendah tak wajar dijadikan bahan gadaian .
Kesimpulannya , terbukti Guan Eng telah jual tanah untuk rakyat miskin di P.Pinang untuk mengaut keuntungan . Kita tak tahu berapa banyak lagi tanah kerajaan negeri punya akan dijual selagi regim DAP berkuasa . Guan Eng memang bijak menipu rakyat .. dia beri RM 100 warga emas tapi dibelakangnya dia jual tanah puluhan juta yang sepatutnya hak rakyat P.Pinang !!





