Terkini! Kes UMNO P.Pinang saman musibat Guan Eng bermula hari ini

on Friday, May 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Hari ini bermulanya perbicaraan kes UMNO P.Pinang  menyaman  terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta atas dua dakwaan iaitu menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam demonstrasi ganas di negeri tersebut pada 1 Julai lalu dan menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam kebakaran yang membabitkan pejabat DAP.

 Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.


Perbicaraan ini berlangsung  di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta telah  bermula pagi ini dan akan akan disambung semula di sebelah petang .  Turut hadir  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang   , Dato Zainal Abidin Osman serta  Naib Ketua Pemuda UMNO P.Pinang , Sdr Norman Zahalan sebagai saksi utama kes .  Laporan seterusnya akan menyusul .



One Response

  1. Saman jgn x saman! Inilah berani kerana benar! Anwar bila nak saman Papa Gomo?

    KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.