Satu Bangsa Satu Arah ..akhirnya Amy pilih UMNO

on Wednesday, May 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GPB menyambut baik 3 artis terkenal tanahair iaitu bro Amy Search ,  Mus MAY  dan Ibnor Reza menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO . Parti yang paling banyak berjasa untuk rakyat negara ini dan juga memerdekakan n tanahair tercinta ini .




GPB yakin kemasukan artis terkenal  ini  terutama otai Lagenda Rock Amy Search pastinya membuat juak-juak PAS  meroyan kerana sebelum ini mereka yakin vokali Search ini akan sertai parti sesat ini kerana telah berjumpa Nik Aziz .

Malah dalam kenyataan media mereka bertiga ini , keputusan untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan mereka sendiri bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak dan bersedia untuk berdepan dengan cemuhan serta tohmahan.


 Lagenda rock tanah air, Suhaimi Ibrahim yang dikenali sebagai Amy Search berkata beliau bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.


 “UMNO ini diibaratkan seperti sebiji buah kelapa, semakin tua semakin banyak santan, kerana UMNO sahaja yang dapat memberi harapan kepada rakyat dan kita perlu buat keputusan yang betul dan jangan biar negara ini diperintah oleh orang lain. 


 “Saya pasti pelbagai tohmahan serta cemuhan dengan tindakan saya ini, saya masuk UMNO bukan kerana dibeli, kerana kerelaan saya sendiri, saya ada maruah dan fikir yang terbaik dan melihat masa depan,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, hari ini. 






 Menurutnya, keinginan untuk bersama UMNO sudah lama di fikirannya selepas arwah bapanya yang meminta dirinya melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO sehingga berjaya membawa kemerdekaan negara. 


 Sementara itu, Mus May berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja yang bakal diperkatakan berhubung tindakan yang diambilnya.


 “Itu hak mereka untuk menuduh apa sahaja, yang penting pada diri saya, apa saya lakukan ini adalah ikhlas dan bukannya disebabkan oleh sesuatu, orang Melayu perlu sedar, orang Melayu maju kerana UMNO.


 “Walaupun ada di kalangan artis yang berlainan pendapat dan fahaman, namun kami tetap sahabat kerana itu adalah individu, bagaimanapaun kita perlu sedar supaya tidak mengambil tindakan yang silap dan akhirnya bukan sahaja merugikan kita tetapi keseluruhannya,” katanya.


 Ibnor Riza menyifatkan kemasukkan itu adalah keputusan beliau sendiri kerana sebelum ini tidak pernah bersama-sama dengan mana-mana parti politik dan berharap akan dapat memberi sumbangan terutamanya dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. – MediaUMNO




GPB setuju sangat pandangan bro Amy bahawa UMNO ini ibarat buah nyok / kelapa ..semakin lama semakin banyak santannya .. UMNO lah parti yang terbaik untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia .

Tahniah kepada Bro Amy Search kerana memilih parti keramat UMNO sebagai wadah perjuangan politik orang Melayu ..


**GPB sertakan gambar di mana bermulanya  Amy mula dekati  UMNO  iaitu semasa Konsert Ulangtahun UMNO ke 66 di Std Bukit Jalil .


Lagu cukup bermakna  untuk BANGSA MELAYU dinyanyikan 
LIVE oleh  Amy selepas 14 tahun  ...



















kalau anak muda ini boleh sokong UMNO ..kenapa tidak Amy ..




2 Responses

  1. Anonymous says:

    who cares....

  2. Anonymous says:

    PAS = parti sesat??

    yang kata PAS parti sesat tu orang kafir ke? atau orang Islam? kalau orang kafir yang kata PAS tu tak kisah lah sebab mereka dah memang kafir!! harap orang Islam sendiri tak cakap PAS tu parti sesat...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.