PANAS ! Tun Mahathir dedahkan modus operandi Anwar di BERSIH !!!

on Tuesday, May 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya polis tidak akan bertindak merosakkan harta benda sendiri seperti yang didakwa pembangkang pada perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.


 "Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak... saya tengok orang terbalikkan kereta (polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota polis.

 "Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan...lagipun kenapa polis nak terbalikkan kereta sendiri," katanya kepada pemberita. Dr Mahathir yang ditemui pada pelancaran buku "A Doctor in The House: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa keganasan pada perhimpunan itu dicetuskan oleh polis.


 Pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, seramai 13 anggota polis cedera akibat tindakan ganas peserta perhimpunan yang dijanjikan aman oleh penganjur.

 Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata tindakan merempuh halangan polis oleh peserta perhimpunan itu adalah modus operandi pembangkang. Katanya ketua pembangkang mempunyai reputasi menghasut rakyat sebelum melarikan diri agar tidak dipersalahkan rakyat. – Bernama


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.