Majlis Peguam tak nak percaya video Anwar arah perusuh gempur polis !

on Wednesday, May 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Kalau masih pertahan kesalahan  puak-puaknya , menurut Ustaz Kamal Saidin mereka ini adalah orang yang bersifat assobiyah .

Sudah ada bukti video & serta  kenyataan wartawan  yang mendengar arahan itu ...nampaknya puak2 lowyar  tak mahu percaya  lagi  dan masih nak  bela  Anwar Ibrahim & Ambiga ?

Yang menariknya itu , punya la ramai lowyar mereka berada di BERSIH , tapi seekor pun tak sempat nak  tengok adegan Anwar memberi isyarat kepada Azmin supaya melakukan rempuhan masuk ke dataran .

Nampaknya mata depa ni tak hebat dengan mata Mat Sabu yang nampak jelas kononnya ada individu yang pantas  memotong dawai penghalang .











Majlis Peguam pada Selasa meminta supaya rakaman video yang memaparkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat didakwa menghasut penyokong Bersih 3.0 supaya merempuh halangan polis di sekitar Dataran Merdeka, Sabtu lalu disiasat secara terperinci sebelum tindakan susulan mengenainya diambil.
Presidennya, Lim Chee Wee merujuk kepada satu rakaman video yang memaparkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali untuk melakukan hasutan itu.
Saya enggan mengulas lanjut (dakwaan). Saya telah melihat video tersebut tapi saya tidak boleh membuat kesimpulan. Ia memerlukan siasatan terperinci,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Menurut Lim, seramai 78 ahli Majlis Peguam memantau keadaan sepanjang perhimpunan Bersih 3.0.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada ahlinya yang melihat insiden itu.
Tiada mana-mana ahli kami yang melihat kejadian itu. Kami sedang menunggu perbincangan lanjut di kalangan ahli,” katanya.
Pada Isnin, satu video yang dimuat turun di laman sosial You Tube merakamkan Anwar menunjukkan isyarat ke Dataran Merdeka dan kemudiannya membuat isyarat baru dengan kedua-dua tangan kepada Azmin.
Bagaimanapun, Anwar turut menafikan beliau menghasut penyokong Bersih untuk merempuh halangan polis tetapi mengarahkan mereka untuk bersurai dan bergerak ke kanan, iaitu ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Lim mendakwa pelepasan gas pemedih mata dan meriam air oleh pasukan polis pada perhimpunan kali ini disifatkan ‘keterlaluan’ berbanding perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.
“Jika anda (penyokong) merempuh halangan polis, adakah wajar gas pemedih mata dilepaskan ke arah khalayak ramai?.
“Jika polis mahu mengarahkan penyokong untuk bersurai, mereka harus melakukannya secara lisan dan bukan dengan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Isnin dilaporkan berkata, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.
“Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas,” katanya.
Ismail berkata, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.
- mStar Online


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau tanya pencuri apa perompak buat,jawapannya.....perompak melakukan amal soleh,begitulah sebaliknya.Inilah yang berlaku antara majlis peguam dengan ambiga/anuar.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.