..

..

KANTOI ! Pudin tersilap nama atau sengaja tipu ?

,
on Thursday, May 3, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments






Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau ahli Umno sebagaimana dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di Cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

“Saya juga bukan orang Kelantan tetapi berasal dari Terengganu. Saya tidak pernah tinggal di mana-mana tempat di negeri Kelantan,” tegasnya.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, beliau mengesyaki dakwaan Saifuddin itu semata-mata bertujuan menjatuhkan kredibiliti dirinya serta SPR.

“Dia buat tuduhan tanpa usul periksa dan semata-mata bermotif politik sehingga menjatuhkan maruah saya. Ini fitnah. Dia semata-mata mahu merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika Ahli Parlimen Machang itu enggan berbuat demikian, beliau berkata: “Saya tunggu dia minta maaf dulu. Jika dia nak bersemuka, saya sedia.”

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli Umno.




Komen GPB 


Taktik penipuan & fitnah sentiasa menjadi makanan PKR terutama kaki pembelit Saifuddin Nasution ini . Entah mana punya nama ahli UMNO dikutip  dari kelantan untuk memfitnah  Timb Pengerusi SPR itu. 


Hari ini  tuan punya badan  telah  mengesahkan beliau bukan orang Kelantan pun  dan tidak pernah tinggal pun di negeri terbabit . 


Persoalannya , dari mana  Saifuddin dapat  nama ini  hingga  sama dengan Timb Pengerusi SPR   ? Atau beliau sengaja tipu untuk memburukkan kredibiliti SPR ? 










5 Responses

  1. org yg tiada kredibiliti dan sukar dipercayai krn hanya membudayakan fitnah sbg cara hdup tak perlu diangkat menjadi pemimpin. Apa juga knyataan yg dibuat olehnya pasti diselitkan penipuan.. Maka, apakah kebenaran yg benar benar kebenaran akan keluar dari mulut dan tingkalakunya yg hanya ingin mengadu domba memecahbelahkan perpaduan org melayu yg telah mengasaskan Persekutuan Tanah Melayu 64 tahun dahulu? Orang ini bukan lahir dan berasal dari Malaysia. Kita harus menolak segala yg datang darinya yg hanya mau mencari sesuap nasi dengan mengalirkan darah dan airmata rakyat. Barua ini harus dilaknat..namanya pun tak sanggvp nak disebut apalagi nak menengok mukanya yg bgai ahli neraka meneguk nanah dan darah.

  2. nonbal says:

    Tu nama member dia dari seberang, macam dia jugak - pendatang.

  3. Anonymous says:

    Salam Bro,begitulah manusia yang sentiasa saja menganggap dirinya betul dan sombong.Allah Maha Mengetahui.Jadi Saudara Siputdin,tanyalah diri anda adakah anda jujur atau tidak untuk berjuang dalam politik ?

  4. Anonymous says:

    Dengar cakap puak2 PEMBANGKANG NI,burung yang terbang pun boleh berhenti,tarek handbrake,sbb sungguh mengasyikkan!

  5. mat din says:

    BAPA DIA DULU TU PEMANDU BAS,KEPUNYAAN CINA DAN SANGAT SANGAT PRO CINA DALAM BANYAK BANYAK HAL.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.