Jemaah haji & umrah Malaysia bakal digantung gara-gara perbuatan BERSIH !

on Tuesday, May 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GPB nak kata  " terlanjak perahu boleh diundur , terlajak BERSIH  rosak binasa " ...

Dek kerana kebodohan & ketaksuban juak-juak bangang penyokong Ambiga ini terhadap perhimpunan haram  BERSIH 3.0 ,  seluruh umat Islam negara ini  berdepan kemungkinan tak dapat menunaikan haji dan umrah jika kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan & pergantungan !

Kalau 3 tahun Malaysia  kena gantung ...kena terima la hukuman ini . Nak buat macamana lagi itu hak mutlak kuasa mereka . Kerana nila setitik rosak susu sebelanga ..........


Kalau umat Islam negara ini yang ingin ke Tanah Suci dan tiba-tiba  la mendapat sekatan , juak-juak BERSIH ini orang yang pertama harus  dipersalahkan !

Depa ingat tempat itu macam rumah Nik Aziz atau markaz PAS kot  , boleh suka-suka hati nak berdemo ..sekarang terimalah padahnya !

La ni kerajaan Malaysia tak pasal-pasal   kena pergi merayu balik kepada kerajaan Arab Saudi  dek kerana keobodohan juak-juak BERSIH ini yang memalukan negara.  Ambiga tentu seronok kan melihat umat Islam bergaduh pasal sekatan jemaah haji & umrah ini ...




Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.


 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu. 


 “Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Selasa.


 Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.


Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain. 


 Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.


 Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    KERAJAAN BN - SILA LAH HUKUM APA2 YANG PATUT KEPADA ORANG YANG BUAT KERJA NI - JANGAN TIDOQ BANYAK SANGAT .DEPA DAH NAIK HINDIK ATAS KEPALA DAH NI ........ BUKAN PIJAK TAU ... GONCANG

  2. Anonymous says:

    jagan la gantung, sian jemaah haji kite..

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.