Cukup biaDAP parti rasis & chauvinis ini .. Rupanya parti yang sering menuduh UMNO menabur gula-gula kepada rakyat , nampaknya dalam politik mereka pun wang digunakan sebagai umpan pemimpinnya bagi menutup mulut !
Di mana integriti Guan Eng sebagai Ketua Menteri hingga sanggup merasuah RM 50 ribu menerusi Setiausahanya kepada Tunku Aziz supaya menutup mulut kritik BERSIH . ?
Macam ini ka seorang pemimpin yang kaum Cina P.Pinang banggakan sangat ? Cakap kerajaannya amalkan konset CAT ...rupanya dia la bapak segala rasuah hingga sanggup sogok Tunku Aziz !
Mungkin disebabkan penghinaan melalui sogokan inilah menyebabkan pengasas Transparency International Malaysia ini sanggup meletakkan jawatan . Satu tamparan hebat untuk Guan Eng yang sebelum ini begitu gah menuduh orang lain rasuah dan kali ini bekas pemimpin partinya sendiri mendedahkan pekung sebenar .
Itu belum lagi orang tanya dari mana punca duit berjumlah RM 50 ribu itu yang Guan Eng nak sogok kepada Tunku Aziz . hahaha...
Karier politik Guan Eng dah habis di P.Pinang ...imej Rasuah /sogokan akan terus melekat lepas ni dirinya selepas beliau tak mahu jawab mengenai dakwaan Tunku Aziz ini
Apapun isu ini bukan fitnah blogger UMNO tapi orang DAP sendiri yang dedahkan !!
KUALA LUMPUR, 16 Mei − Lim Guan Eng hari ini enggan untuk melakukan “serangan balas peribadi” terhadap bekas Naib Pengerusi DAP yang telah meletak jawatan, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mengatakan Setiausaha Agung DAP itu telah menghinanya apabila mengemukakan tawaran sebelum beliau meninggalkan parti pada malam Isnin lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebaliknya berterima kasih di atas jasa Tunku Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP selama empat tahun sebelum ini.
"Saya tidak ingin bertukar serangan peribadi dengan Tunku tetapi ingin merakamkan penghargaan parti atas jasanya selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, Lim mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan daripada Tunku Aziz yang juga merupakan pengasas kepada Transparency International Malaysia semalam, dan telah cuba untuk menghubunginya, namun gagal.
"Saya telah menerima surat perletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada Parti DAP semalam.“Saya telah mencuba untuk menghubungi beliau sejak pengumumannya untuk meletakkan jawatan pada hari Isnin, tetapi tidak berjaya,” kata Lim lagi. Tunku Aziz sebelum ini dipetik laporan The Star berkata, Lim cuba memujuknya dengan menawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dan “menawarkan pelancongan sebagai umpan.
"Kemudian semalam, Zairil Khir Johari (setiausaha politik Lim) menghubungi saya dan menawarkan pendapatan berjumlah RM50,000 jika saya bersetuju.
"Ia adalah satu penghinaan, dan saya rasakan ia datang daripada individu yang langsung tidak mempunyai rasa hormat.“Adakah beliau merasakan saya orang yang macam itu?
Individu ini tidak mempunyai rasa hormat. Perkataan yang paling sesuai untuknya adalah biadap,” katanya dipetik akhbar Inggeris tersebut. seterusnya





