Gambar Konsert Artis K-POP hangatkan #HBN2012

on Sunday, May 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kumpulan idol dari Korea Selatan, U-KISS menghangatkan segenap bumi Putrajaya apabila membuat persembahan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, malam tadi. Seperti kebiasaan (setiap kali konsert Kpop), peminat-peminat yang bukan saja dikalangan 'Kiss Me' (gelaran peminat fanatik) Malaysia, tetapi juga kelibat peminat dari Thailand, Singapura, Filipina malah Jepun sudah mula kelihatan membanjiri ruang depan pentas utama seawal jam 2 petang lagi.

 Tampil dengan outfit serba putih, U-KISS memulakan persembahan pada jam 9 malam. Didahului dengan ucap salam dari Soohyun, Kiseop, Eli, Kevin, Dongho, Hoon dan Aj yang antaranya berbunyi, "What's up Malaysiaaaaaaaa!!!, Apa khabar???!!!, Lama tak jumpa!". .

 Selama kira-kira 1 jam, grup yang nama penuhnya Ubiquitous Korean International idol Super Star ni sukses menghiburkan sekalian yang ada dengan deretan lagu hits mereka seperti Bingu Bingu, DoraDora, 0330, Neverland dan Man Man Ha Ni. . . . . .







 Sebelum itu, opening act menyaksikan kumpulan M-Pop (Malaysia Pop) bimbingan Aesar Mustafa, MAX247 mendedangkan tiga lagu iaitu Gadis dan Bunga, 24/7 dan Putus Sementara. Konsert di pentas utama bagi hari ke-3 acara himpunan terbesar negara ni di hoskan oleh aktres cantik, Siti Saleha. Max247 Masuk hari ke-4 hari ini, Hari Belia 2012 membariskan 220 acara menarik sepanjang enam kilometer.

 Dan malam ini, 'kuasa' K-pop sekali lagi bakal menggegarkan Putrajaya dengan kemunculan kumpulan terhangat masa kini, Teen-Top serta grup wanita sensasi lagi seksi, Dal Shabet. Anda free hari ni? Jom ramai-ramai kita lepak kat Hari Belia!  - MALAYSIAN DIGEST 


** GPB dengar peminat -peminat tunggu di pentas sejak jam 4 petang lagi yang mana konsert bermula waktu malam ....hebat betul fenomena K -Pop di Malaysia ini ...hehe


2 Responses

  1. Anonymous says:

    tahniah kepada penganjur HBN2012 kerana menghidangkan konsert K pop sebagai pengisian rohani anak muda malaysia. Konsert yang 'diredhai' Allah tentunya....

  2. arina says:

    sebenornya org2 korea pun(kecuali remaja yg x minat belajar)je yg minat kpop ni..yg lainny lebih fokus kpd kerjaya dan pelajaran..kita ni yg terlebih minat...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.